Pemain Perak FC diingatkan supaya tidak dibuai kemenangan besar 8-0 ke atas Kelantan FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.
Pengendali The Bos Gaurus, Yusri Che Lah, sebaliknya menuntut pemainnya meningkatkan disiplin permainan dalam mengharungi baki saingan liga selepas meraih kemenangan terbesar musim ini.
Yusri juga mahu skuad Kejor Yeop Kejor itu tampil lebih padu seperti dibuktikan, biarpun tanpa khidmat beberapa pemain tonggak seperti Jesper Nyholm dan Firdaus Saiyadi ketika berdepan cabaran The Red Warriors (TRW).
"Saya gembira apabila pasukan berjaya mengawal perlawanan dengan baik sekali gus memperoleh kemenangan berharga biarpun tampil tanpa beberapa pemain tonggak.
"Mala, pemain tahu apa harus dilakukan dan mengikut perancangan ditetapkan bagi mendapat tiga mata berharga dengan gol yang cukup besar sekali gus memperbaiki kedudukan dalam liga.
"Saya percaya kemenangan pada malam ini (semalam) akan menaikkan semangat mereka bagi menghadapi JDT di Stadium Sultan Ibrahim, namun kami tidak boleh dibuai terlalu lama dan fokus kita akan dialihkan kepada aksi Piala Malaysia pula," katanya dalam sidang akhbar.
Perak sebelum itu, meraih kemenangan besar selepas membelasah pasukan tercorot Kelantan, 8-0 di Ipoh dengan menyaksikan Luka Milunovic mencipta hatrik jaringan (m-13, m-25 dan m-33) manakala Seonung Seo turut meledak dua gol pada minit ke-49 dan m-66.
Wan Zack Haikal (m-17), Shivan Pillay (m-36) dan Luciano Guaycochea (m- 84) juga tidak ketinggalan mencetak nama sebagai penjaring untuk membantu skuad The Bos Gaurus melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas menjinakkan Negeri Sembilan FC, 1-0 di Paroi sebelum ini.
Sebagai rekod, anak buah Yusri akan mengharungi baki tiga perlawanan di tempat lawan dan satu di laman sendiri sebelum melabuhkan kempen liga.
Selain itu, Perak juga akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) awal bulan depan.
Dalam pada itu, pengendali Kelantan, Alfredo Vera, menyifatkan kebanyakan pemain muda TRW yang ditampilkan dalam perlawanan itu kurang pengalaman.
Selain itu katanya, pemain-pemain juga tidak mampu menguasai rentak permainan.
"Sejujurnya tidak mudah untuk kami beraksi dengan baik dan sukar buat pemain-pemain muda dengan minit permainan yang sedikit selain terpaksa berdepan lawan yang lebih kuat serta berpengalaman termasuk pemain-pemain import.
"Strategi untuk perlawanan seterusnya tetap sama, kami akan bekerja keras dan bermain semaksimum mungkin. Pemain-pemain tidak salah kerana mereka telah berusaha sepenuh hati untuk pasukan ini, cuma pengalaman yang membezakan," ujarnya.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 29 2023
Info siaran langsung: Sesi penyerahan Trofi Perlawanan Sumbangsih kepada JDT petang ini
Astro Arena akan bawakan secara eksklusif sesi penyampaian trofi Perlawanan Sumbangsih untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) pada petang ini.
Kalau boleh nak beraksi lawan Kedah Darul Aman -- Faisal Halim
Faisal Halim melahirkan rasa sudah jemu menjalani rawatan di hospital -- dua minggu selepas disimbah asid oleh dua orang individu tidak dikenali di Ibu Kota.
Liga Super 2024/25: Negeri Sembilan FC tak sanggup dibuli JDT
"Jangan biar Johor Darul Ta'zim (JDT) buli Negeri Sembilan." Itu peringatan ringkas pengendali Negeri Sembilan, Azzmi Ab Aziz kepada pemain skuad Rusa yang menyingkap tirai Liga Super 2024/25 berdepan penyandang juara itu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang ini.
Liga Super 2024/25: Sabah lega balik dengan tiga mata selepas aksi sengit dijelmakan KDN
Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, meluahkan rasa lega selepas barisan pemainnya memungut mata penuh apabila menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 3-2 dalam perlawanan sengit Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Kelantan Darul Naim alih fokus jumpa Terengganu FC
Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jeahong, mahu memberikan fokus terlebih dahulu kepada perlawanan Liga Super sebelum bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Piala FA.
Tiga atlet bangkit selepas parah kemalangan
Status atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, kini semakin positif sejak dilanggar dan diseret sejauh 600 meter oleh sebuah kenderaan di di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Johor Bahru, tiga hari lalu.
Info siaran langsung Nadi Bola: Latihan pasukan Kedah Darul Aman lawan Selangor
Memasuki minggu kedua Liga Super dan sudah pelbagai taktikal diguna pakai, adakah menjadi ke tidak?
Liga Super: Mukhairi Ajmal berpotensi ganti tempat Faisal Halim
Mengikut pemerhati bola sepak, Asmawi Bakiri, pengganti terbaik yang wajar diberikan peluang untuk mengisi tempat kosong yang ditinggalkan Faisal Halim berikutan masih dalam tempoh pemulihan adalah Mukhairi Ajmal.
Liga Super 2024/25: Terengganu tenang tangani situasi kecederaan
Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, belum dapat menjamin kelibat Akhyar Rashid untuk bertemu Penang, Ahad ini.
TERKINI: Siaran Langsung (Live Streaming) sesi latihan pasukan Selangor
Jom tinjau persiapan skuad Selangor dalam misi menentang pasukan Negeri Helapang Padi, Kedah Darul Aman dalam Nadi Bola --- Latihan Pasukan 4 petang ini hanya di saluran 801HD!
Guardiola: Foden can still get better after Player of the Year award
Phil Foden won the Premier League Player of the Year award on Saturday, but Pep Guardiola thinks there is still room for improvement.
PGA Championship: Lowry in contention with record-equalling round
Lowry plays historic third round
Guardiola: Other clubs have a chance to win the title against Man City
Pep: Other teams have chance in PL
Torino 3-1 Milan: Lacklustre Rossoneri stunned by Il Toro
Report: Torino 3-1 Milan
Hayes: This WSL title is the sweetest for Chelsea
Hayes: sweetest Chelsea title
IPL: RCB hold nerve to beat CSK to playoffs
IPL: RCB into play-offs
Piastri remaining optimistic despite grid penalty at Emilia Romagna Grand Prix
Piastri receives grid penalty
Emery admits 'I have my dreams' with Villa after sealing Champions League qualification
Emery: 'I have my dreams'
Leverkusen have no time to soak in 'Neverlusen' season - Alonso
Alonso: no time to soak in season
Forest 'still have to finish the job' against Burnley, says Nuno
Nuno calls for Forest focus