Bekas Olimpian negara Datuk Leong Mun Yee, menzahirkan kerisauan apabila Sukan Malaysia (SUKMA), yang akan berlangsung di Sarawak, mengeluarkan keputusan untuk menggugurkan acara sepuluh meter platform seirama.

Hal ini kerana, ianya berpunca dari penyertaan yang kurang dari lima buah negeri menyebabkan acara itu tidak relevan di pertandingkan pada edisi kali ini.

"Pada edisi kali ini, acara sepuluh meter platform seirama wanita tidak dapat dipertingkan kerana tidak mencukupi penyertaan lebih dari lima negeri tetapi masih bernasib baik acara lain akan dipertandingkan.

"Di Malaysia, SUKMA adalah medan terbaik untuk pelapis atlet menonjolkan diri sebelum menjalani pemilihan menjadi atlet negara.

"Sepuluh meter platform seirama wanita ialah salah satu acara untuk Malaysia menjelmakan kilauan pingat di peringkat antarabangsa," kata Datuk Leong Mun Yee apabila ditemu ramah oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Secara umumnya, SUKMA, adalah platform terbesar mencungkil bakat baru sebelum di ketengahkan ke kem negara.

Andai acara ini tidak di pertandingkan, Malaysia akan berhadapan dengan kemungkinan hilang generasi seterusnya untuk menyambung legasi yang sudah di perakui di pentas antarabangsa.

Sehingga ke hari ini, Malaysia masih bergantung kepada beberapa penerjun senior seperti Datuk Pandelela Rinong, Nurdhabitah Sabri, serta Ng Yan Yee pada tempoh yang agak lama.