Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, memulakan kempen Final Jelajah Dunia BWF 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, di Hangzhou, 2-1 di China, sebentar tadi.

Kedua-dua wakil negara itu membuat perhitungan dalam tempoh 50 minit dengan keputusan memihak kepada Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dengan kemenangan dalam aksi rubber set, 14-21,21-10,21-14, dalam saingan Kumpulan B.

Soon Huat-Shevon Lai memanfaatkan pengalamannya sebagai pemain senior dengan sebaik mungkin untuk menang 21-14 dalam set pertama.






Namun, kebangkitan berjaya dilakar Tang Jie-Ee Wei yang berada di kedudukan nombor lapan dunia itu dengan ketajaman Tang Jie memastikan mereka mengheret lawannya itu ke set penentuan dengan kemenangan 21-10.

Momentum kemenangan itu diteruskan Tang Jie-Ee Wei yang lebih kemas beraksi dalam set penentuan untuk menewaskan Goh Soon Huat-Shevon Lai yang bergelut dalam set ketiga untuk meraih kemenangan pertama di Hangzhou.