Pengarah Kejurulatihan Bahagian Perseorangan Lelaki Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, berpuas hati dengan perkembangan yang tunjukkan perseorangan lelaki meningkat naik, Ng Tze Yong.

Tze Yong setakat ini masih belum dapat melepasi pusingan kedua setiap kejohanan yang disertainya sepanjang musim ini tetapi dia berhasil meningkatkan kedudukan rangkingnya ke tangga ke-47 dunia

Choong Hann percaya jika pemain berusia 22 tahun itu dapat meneruskan momentumnya, dia mampu untuk menyertai kelompok 30 pemain terbaik dunia dan boleh mencabar pemain-pemain utama menjelang hujung tahun ini.

"Kami berharap rankingnya akan dapat meningkat kepada bawah ke-30 dunia kerana itulah sasaran yang kami mahu dicapainya," kata Choong Hann kepada wartawan Nadi Arena, Muiz Aziz.

"Untuk jangka panjang pula, kami mahu dia mencabar pemain di ranking lebih tinggi secara konsisten.

"Saya harap sebelum tahun ini dia akan dapat melakukannya dengan cara yang lebih konsisten.

"Bermula tahun depan, dia sepatutnya sudah bersedia secara fizikal dan pengalaman untuk bersaing dengan pemain di atas ranking ke-16 dunia," katanya.