Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan pelantikan Rexy Mainaky sebagai timbalan pengarah kejurulatihan badan induk itu bermula 1 Disember depan.
Bekas pemenang pingat emas acara beregu lelaki Sukan Olimpik 1996 itu akan berkerjasama dengan Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Chong Hann .
Menerusi peranan barunya itu, Rexy akan menambah input teknikal ke dalam bahagian prestasi pemain.
Dia akan mengambil tugasan spesifik di bahagian beregu skuad kebangsaan dan ditugaskan secara rasmi untuk meningkatkan dan memacu prestasi atlet di bahagian itu.
Individu berusia 53 tahun itu akan melaporkan diri di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara pada awal Disember ini.
Mengulas mengenai pelantikan itu, Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria, berkata: "Kami gembira apabila Rexy akan menyertai barisan kejurulatihan kami.
"Pelantikan ini merupakan satu keperluan untuk memperkuatkan perkembangan yang persatuan ini telah lakukan sejak beberapa tahun lalu dalam usaha kami yang tidak berbelah bahagi demi mengejar kejayaan.
"Rexy merupakan jurulatih yang bagus dan berpengalaman dengan rekod prestasi yang amat cemerlang.
"Dia akan diberikan KPI (indeks prestasi utama) yang khusus untuk segera menggiatkan dan memotivasikan bahagian beregu muda kami.
"Saya menantikan sumbangannya dalam mengoptimumkan prestasi pasukan bersama Choong Hann dan seluruh staf kejurulatihan, pada ketika kami terus membina masa depan yang lebih kukuh buat badminton Malaysia," katanya.
Sebagai rekod, Rexy pernah menjadi jurulatih skuad beregu kebangsaan dari 2005 hingga 2012.
Muzaffar Musa
Mon Oct 25 2021
Piala Thomas: Malaysia diundi bertemu Jepun
Selepas melayakkan diri ke suku akhir selaku naib juara kumpulan D dalam saingan Piala Thomas, skuad Malaysia, telah diundi bertemu skuad negara matahari terbit, Jepun, pada esok hari.
Rexy tuntut skuad wanita bangkit dari kegagalan
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, mengakui Skuad Piala Uber negara perlu diperbaiki dengan segera, lebih-lebih lagi dalam sektor perseorangan.
Piala Uber: Mei Xing terkilan gagal terjemah prestasi memberangsangkan
Beregu wanita negara, Teoh Mei Xing-Go Pei Kee, terkilan tidak dapat menterjemaahkan corak permainan terbaik ketika menentang gandingan di ranking ke 32 dunia.
Piala Thomas: James Selvaraj jangka peningkatan prestasi skuad negara
Legenda badminton kebangsaan, Datuk James Selvaraj, yang memuji persembahan kem negara di peringkat Kumpulan D, Piala Thomas, biarpun tewas tipis 2-3 kepada Denmark.
Piala Uber: Malaysia tamatkan cabaran dengan kemenangan
Malaysia menamatkan cabaran Piala Uber dengan kemenangan ke atas Australia sebentar tadi.
Piala Thomas: Aksi dramatik Zii Jia-Axelsen tarik perhatian BWF
Aksi peringkat Kumpulan D antara Malaysia dan Denmark telah menyajikan perlawanan yang cukup menarik.
Piala Thomas: Malaysia muncul naib juara Kumpulan D
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik sumbang mata ikat Denmark
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mengetepikan cabaran Kim Astrup-Anders Rasmussen dengan kebangkitan sempurna untuk mengikat Denmark 1-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D Piala Thomas, sebentar tadi.
Piala Thomas: Axelsen sekat hajat Zii Jia untuk mata pertama Denmark
Malaysia mengatur langkah tempang apabila taruhan pertama negara dalam Piala Thomas, Lee Zii Jia, tumpas kepada Viktor Axelsen, sebentar tadi.
Piala Thomas: Zii Jia ketuai barisan terbaik Malaysia hadapi Denmark
Saingan peringkat kumpulan Piala Thomas hari ini menyaksikan skuad negara akan membuat perhitungan berdepan pasukan Denmark bagi menentukan juara Kumpulan D.
NBA: Celtics rout Heat to reach East semis; Mavericks cruise to 3-2 lead
Celtics advance to East semis
Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej: Ronaldo nets twice and passes up penalty in cup semi-final
Report: Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej
Hayes concedes title race is over as Chelsea suffer dramatic Liverpool defeat
Emma Hayes: WSL title race is over
Sancho outshines Mbappe as Dortmund seize initiative against PSG
Sancho outshines Mbappe in BVB win
Borussia Dortmund 1-0 Paris Saint-Germain: Fullkrug hands hosts first-leg win
Report: Borussia Dortmund 1-0 PSG
Liverpool 4-3 Chelsea: Blues' title hopes suffer huge hit as Bonner decides seven-goal thriller
Report: Liverpool 4-3 Chelsea
'It's here to stay' – Postecoglou jokes he's moving to Sweden to escape VAR
Postecoglou seeking VAR-free life
Top seed Sinner withdraws from Madrid Open ahead of quarter-finals
Injured Sinner out of Madrid Open
IPL: Punjab Kings spinners frustrate CSK in routine win
IPL: Kings spinners frustrate CSK
Alcaraz sees Madrid Open reign ended by Rublev in last eight
Rublev ends Alcaraz reign in Madrid