Pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing, meluahkan kekecewaan atas kegagalannya untuk meneruskan saingan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, hari ini susulan tewas kepada pasukan Korea Selatan, Kim Won-ho-Jeong Na-eun.

Bertemu lawan yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan, Kian Meng-Pei Jing gagal untuk membawa cabaran negara ke pusingan kedua apabila tewas 21-11, 21-16 dalam saingan yang berlangsung di Axiata Arena.

Selepas tamat perlawanan, Pei Jing yang ditemui wartawan Syifa Nasir, berkata, "Saya agak kecewa dengan persembahan kami dan meminta maaf kepada penyokong yang hadir dan berharap barisan pemain lain mampu memberikan yang terbaik."