Juara beregu campuran Jelajah Akhir Dunia (WTF) yang baru ditabalkan semalam, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, memuji Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, sambil berkata rakyat Malaysia mempunyai keupayaan untuk menewaskan sesiapa sahaja.
Zheng-Huang terpaksa mengerah keringat untuk menjamin kemenangan 21-18, 14-21, 21-17 ke atas Chen-Toh untuk kejuaraan keempat mereka di hadapan penyokong sendiri di Hangzhou, China.
Ia juga memberikan Si Wei hadiah perpisahan yang sempurna berikutan sudah pun meluahkan hasrat persaraannya.
Begitupun, gandingan China itu yang telah mengecapi kejayaan dalam kesemua kejohanan utama termasuklah memenangi pingat emas Olimpik Paris mahu memberi penghormatan kepada Chen-Toh.
“Ee Wei sebenarnya agak tangkas di jaring dan mereka juga pantas. Tang Jie pula mempunyai serangan yang garang, Saya rasa mereka mempunyai keupayaan untuk menewaskan sesiapa sahaja,” kata Si Wei.
Beregu campuran Malaysia itu mempamerkan semangat kesukanan yang hebat selepas perlawanan dengan mengucapkan tahniah kepada lawan mereka, malah Tang Jie mengangkat tangan Si Wei sebagai pengiktirafan terhadap seterunya itu.
Gandingan nombor lapan dunia itu juga berbangga dengan usaha mereka sepanjang minggu lalu di samping bercita-cita untuk mengikut jejak Si Wei-Ya Qiong.
“Saya fikir kami perlu melihat mereka dengan teliti daripada segi kemahuan dan prestasi mereka. Mereka bertahan dengan baik ketika di bawah tekanan dan itu adalah sesuatu yang perlu kami lihat,” kata Tang Jie yang sependapat dengan Ee Wei.
Rakyat Malaysia berpeluang menonton aksi mereka dalam kejohanan pembuka tirai 2025, Terbuka Malaysia, pada 7 hingga 12 Januari depan.
Shaiful Shamsudin
Mon Dec 16 2024
Permainan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei semakin matang -- Koo Kien Keat
Juara Final Siri Super 2008, Koo Kien Keat, memuji kematangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, selepas aksi menakjubkan yang ditampilkan dalam final jelajah dunia BWF 2024, minggu lalu.
Kem Badminton Astro Kasih ESG: Peserta cilik berguru dengan jurulatih berpengalaman negara
Jurulatih perseorangan remaja wanita negara, Sylvia Kavita Kumares, mengakui peserta Astro Kem Badminton bertuah kerana dapat menikmati pengalaman sebagai seorang pemain kebangsaan.
Korang ini, tak tahulah bongok ke bendul -- Lee Chong Wei
Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, berasa bangga melihat semangat juang yang dipamerkan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani hingga bergelar naib juara di Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF 2024, Hangzhou, China.
Best of 2024: Goh Liu Ying pilih momen Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris
Bekas pemain badminton negara, Goh Liu Ying, memilih aksi menakjubkan Pearly Tan-M. Thinaah di kempen Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai momen terbaik sepanjang tahun ini.
Kem Badminton Astro Kasih ESG: Struktur latihan bertaraf kebangsaan
Program Kem Badminton Astro Kasih ESG di bawah naungan kem jurulatih kebangsaan menunjukkan keberkesanannya menerusi kejayaan peserta yang meneruskan perjalanan sebagai wakil negara ke pentas antarabangsa.
Zheng Si Wei: Tang Jie-Ee Wei berupaya tumpaskan mana-mana seteru
Juara beregu campuran Jelajah Akhir Dunia (WTF) yang baru ditabalkan semalam, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, memuji Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, sambil berkata rakyat Malaysia mempunyai keupayaan untuk menewaskan sesiapa sahaja.
Lonjak empat anak tangga, FeiDin kini beregu ketiga dunia
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melonjak empat anak tangga untuk menghuni tangga ketiga dunia.
Final Jelajah Dunia BWF: Tahniah FeiDin! Akhiri penampilan sulung bergelar naib juara!
Pemain beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menamatkan perjalanan yang penuh indah di pentas Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir dengan bergelar naib juara di Hangzhou, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Semoga cepat sembuh, Lee Zii Jia sah cedera buku lali
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, disahkan mengalami kecederaan di buku lali kaki kanannya selepas pertembungan menentang wakil China, Li Shi Feng, dalam Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final BWF, Jumaat lalu.
Final Jelajah Dunia BWF: Terima kasih 'coach'! -- Ee Wei
Pemain beregu campurna negara, Toh Ee Wei, berterima kasih kepada jurulatih, Nova Armada, atas ilmu yang diberikan kepada dirinya dan pasangan, Chen Tang Jie sehingga berjaya bergelar naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF yang berlangsung di China, hari ini.
Maresca taking Conference League 'step by step' despite perfect start
Maresca taking it 'step by step'
Perez confirms Red Bull departure after disastrous 2024 season
Perez confirms Red Bull exit
Former world number one Halep handed Australian Open qualifying wildcard
Halep handed Aus Open wildcard
'We can beat anybody' - Rivers confident after Bucks' NBA Cup triumph
Rivers: Bucks 'can beat anybody'
Usyk 'will feel the wrath and the menace', Fury warns ahead of rematch
'Usyk will feel wrath and menace'
Postecoglou not interested in noise surrounding Rashford and Man Utd
Rashford not of interest to Spurs
'They tried and continue to cancel me' - Vinicius slams critics after FIFA Best triumph
Sainz was 'hurt' by Ferrari after being replaced by Hamilton
Sainz: I was hurt by Ferrari
Kohli, Cummins lead tributes as India great Ashwin retires from international cricket
Ashwin retires from India duty
Amorim not closing the door on 'big talent' Rashford at Man Utd
Amorim: I want to help Rashford