Ammar Hakim
Sun Dec 15 2024
Pemain beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menamatkan perjalanan yang penuh indah di pentas Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir dengan bergelar naib juara di Hangzhou, sebentar tadi.
Gandingan nombor tiga dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, menjadi halangan terakhir buat Sze Fei-Izzuddin untuk menamatkan penantian lapan tahun beregu lelaki negara dalam Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Selepas memerah kudrat 81 minit untuk menjinakkan pasangan keempat dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, 17-21, 21-16, 27-25, di separuh akhir, Sze Fei-Izzuddin berstatus ranking ketujuh akan turun ke gelanggang final berdepan dengan Rasmussen-Astrup juga gandingan pilihan utama.
Rasmussen-Astrup sebelum ini menjinakkan Sze Fei-Nur Izzuddin, gandingan nombor tujuh dunia tersebut dalam set penentuan 21-18, 16-21, 21-14 dalam masa 74 minit ketika memulakan kempen Kumpulan A di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Astrup-Rasmussen pula mara selepas menjinakkan satu lagi pasangan Indonesia nombor 11 dunia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, straight set 23-21, 21-13 dalam masa 44 minit.
Set pertama memihak Astrup-Rasmussen, menang 21-17 -- corak permainan kemas yang ditampilkan membenarkan mereka mendahului 11-6 di interval sebelum memimpin permainan untuk menang.
Sze Fei-Izzuddin bagaimanapun bangkit dalam set kedua, mendahului 6-1 di awal permainan, sehingga berjaya ke interval dengan kedudukan 11-9.
Permainan kian sengit, kedua-dua pasangan saling melakukan gerakan yang cukup agresif, sebelum Sze Fei-Izzuddin mengheret permainan ke set penentuan apabila menang 21-17.
Set ketiga berakhir dengan keputusan 21-11, memihak wakil Denmark, susulan gerakan demi gerakan yang gagal dibalas gandingan Malaysia sekaligus memberikan gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF buat mereka.
Di sebalik kekalahan, ia tetap menjadi satu pencapaian buat beregu yang mesra disapa 'FeiDin', apabila membuat penampilan sulung dalam kejohanan kali ini dan melangkah ke final merupakan satu kejayaan bagi mereka.
Bergelar naib juara turut membenarkan FeiDIN membawa pulang wang hadiah bernilai ASD100,000 (RM445,089).
Permainan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei semakin matang -- Koo Kien Keat
Juara Final Siri Super 2008, Koo Kien Keat, memuji kematangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, selepas aksi menakjubkan yang ditampilkan dalam final jelajah dunia BWF 2024, minggu lalu.
Kem Badminton Astro Kasih ESG: Peserta cilik berguru dengan jurulatih berpengalaman negara
Jurulatih perseorangan remaja wanita negara, Sylvia Kavita Kumares, mengakui peserta Astro Kem Badminton bertuah kerana dapat menikmati pengalaman sebagai seorang pemain kebangsaan.
Korang ini, tak tahulah bongok ke bendul -- Lee Chong Wei
Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, berasa bangga melihat semangat juang yang dipamerkan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani hingga bergelar naib juara di Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF 2024, Hangzhou, China.
Best of 2024: Goh Liu Ying pilih momen Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris
Bekas pemain badminton negara, Goh Liu Ying, memilih aksi menakjubkan Pearly Tan-M. Thinaah di kempen Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai momen terbaik sepanjang tahun ini.
Kem Badminton Astro Kasih ESG: Struktur latihan bertaraf kebangsaan
Program Kem Badminton Astro Kasih ESG di bawah naungan kem jurulatih kebangsaan menunjukkan keberkesanannya menerusi kejayaan peserta yang meneruskan perjalanan sebagai wakil negara ke pentas antarabangsa.
Zheng Si Wei: Tang Jie-Ee Wei berupaya tumpaskan mana-mana seteru
Juara beregu campuran Jelajah Akhir Dunia (WTF) yang baru ditabalkan semalam, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, memuji Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, sambil berkata rakyat Malaysia mempunyai keupayaan untuk menewaskan sesiapa sahaja.
Lonjak empat anak tangga, FeiDin kini beregu ketiga dunia
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melonjak empat anak tangga untuk menghuni tangga ketiga dunia.
Final Jelajah Dunia BWF: Tahniah FeiDin! Akhiri penampilan sulung bergelar naib juara!
Pemain beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menamatkan perjalanan yang penuh indah di pentas Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir dengan bergelar naib juara di Hangzhou, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Semoga cepat sembuh, Lee Zii Jia sah cedera buku lali
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, disahkan mengalami kecederaan di buku lali kaki kanannya selepas pertembungan menentang wakil China, Li Shi Feng, dalam Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final BWF, Jumaat lalu.
Final Jelajah Dunia BWF: Terima kasih 'coach'! -- Ee Wei
Pemain beregu campurna negara, Toh Ee Wei, berterima kasih kepada jurulatih, Nova Armada, atas ilmu yang diberikan kepada dirinya dan pasangan, Chen Tang Jie sehingga berjaya bergelar naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF yang berlangsung di China, hari ini.
Maresca taking Conference League 'step by step' despite perfect start
Maresca taking it 'step by step'
Perez confirms Red Bull departure after disastrous 2024 season
Perez confirms Red Bull exit
Former world number one Halep handed Australian Open qualifying wildcard
Halep handed Aus Open wildcard
'We can beat anybody' - Rivers confident after Bucks' NBA Cup triumph
Rivers: Bucks 'can beat anybody'
Usyk 'will feel the wrath and the menace', Fury warns ahead of rematch
'Usyk will feel wrath and menace'
Postecoglou not interested in noise surrounding Rashford and Man Utd
Rashford not of interest to Spurs
'They tried and continue to cancel me' - Vinicius slams critics after FIFA Best triumph
Sainz was 'hurt' by Ferrari after being replaced by Hamilton
Sainz: I was hurt by Ferrari
Kohli, Cummins lead tributes as India great Ashwin retires from international cricket
Ashwin retires from India duty
Amorim not closing the door on 'big talent' Rashford at Man Utd
Amorim: I want to help Rashford