Penjaga gawang Arsenal, David Raya, memastikan pasukannya memperoleh satu mata susulan aksinya yang menyelamatkan gawang daripada asakan bertubi yang dirancang Atalanta termasuk sepakan penalti untuk terikat 0-0 Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Bintang Sepanyol itu menafikan sepakan penalti Mateo Retegui pada minit ke-51 untuk The Gunners.

Arsenal hampir menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang diambil Bukayo Saka dalam babak pertama tetapi diselamatkan oleh penjaga gol Atalanta, Marco Carnesecchi.





La Dea hampir menjaringkan gol selepas menerima hantaran cantik daripada Juan Cuadrado pada minit ke-67 tetapi peluang itu disia-siakan untuk kedudukan terikat tanpa jaringan hingga wisel penamat dibunyikan.

Raya menjadi penjaga gol keempat Arsenal yang menyelamatkan sepakan penalti dalam saingan UCL selepas Richard Wright, Jens Lehmann and Lukasz Fabianski.