Bekas pemain Arsenal, Jay Emmanuel-Thomas, ditahan oleh Agensi Jenayah Kebangsaan Amerika Syarikat (NCA) selepas didakwa terlibat dalam mengimport 60kg ganja anggaran bernilai RM2.5 Juta dan telah ditahan di kediamannya di Glasgow pada Rabu lepas.

Barangan terlarang itu dijumpai dalam bag pakaian yang tiba di Lapangan Terbang Stansted, London dari Bangkok, Thailand dengan Emmanuel





Dalam satu kenyataan ringkas kelabnya Greenock Morton, telah mengesahkan bahawa kontrak pemain itu ditamatkan sejurus selepas dia ditangkap pada hari yang sama dengan serta merta dengan kelab itu tidak akan membuat sebarang komen mengenai isu itu lagi.

Untuk rekod, pemain berusia 33 tahun itu turut pernah beraksi buat Ipswich Town itu kini beraksi buat Greenock Morton di liga divisyen dua Scotland.