Ainaa Amani melepasi halangan pertama Skuasy Terbuka Malaysia selepas mudah menewaskan rakan senegara, K. Yashmita, dengan keputusan 3-0 di pusat beli belah The Curve, Mutiara Damansara, hari ini.

Begitupun, Ainaa tampak mengakui sedikit tekanan sepanjang perlawanan berlangsung ekoran kehadiran jurulatih serta keluarga dan rakan-rakan Yashmita yang melaungkan sokongan padu.



Memasuki pusingan kedua, Ainaa akan bertemu pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022, Rachel Arnold, sekali gus memasang hasrat untuk menang ke atasnya.

"Saya tidak mahu terlebih yakin meskipun sudah bertemu dengannya dalam beberapa siri kejohanan sebelum ini.

"Bermain di tempat sendiri dan sokongan yang diterima olehnya memberi tekanan kepada saya.

"Saya cuma buat yang terbaik dan Alhamdulillah saya berjaya lakukan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.