Pearly Tan dan M.Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
Beregu wanita negara itu berada di kemuncak prestasi sewaktu di Paris dan walaupun mereka terlepas pingat, Pearly dan Thinaah tetap memenangi hati jutaan rakyat Malaysia yang menonton aksi mereka dari tanah air.
Mereka juga mencipta sejarah apabila menjadi pasangan beregu wanita negara pertama mara ke separuh akhir temasya itu.
Sejak itu, kehidupan di luar gelanggang mereka telah berubah secara dramatik.
"Lebih ramai orang mula mengenali kami. Selepas beberapa ketika, semua orang mengenali kami dan mula menantikan perlawanan kami.
"Kami benar-benar gembira dapat kembali ke Malaysia selepas Sukan Olimpik,” kata pasangan itu, yang pada mulanya mahu berehat panjang selepas temasya berkenaan.
"Agak sukar untuk memberikan tumpuan dalam gelanggang. Kami mahu berehat panjang selepas Paris, dan kami memberitahu jurulatih bahawa kami mahu berehat selama sebulan atau dua bulan.
"Bagaimanapun, kami meneruskannya kerana kami mahu membina momentum dan layak ke Final Jelajah Dunia,” tambah mereka.
Ternyata, keputusan untuk terus bermain itu tepat apabila pasangan berkenaan memenangi Terbuka Hong Kong dan menduduki tempat kedua dalam Terbuka Korea Selatan dan Terbuka Finland.
Keputusan itu juga telah mengembalikan mereka ke kelompok 10 teratas dunia, yang menyaksikan mereka kini berada di ranking ketujuh.
Bagaimanapun, kejayaan yang berterusan datang dengan pengorbanan.
Thinaah meluahkan rasa rindunya untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga manakala Pearly pula berkata dia hanya mahu pulang ke kampung halamannya di Alor Setar untuk meluangkan masa bersama anjing peliharaan kesayangannya.
Pearly dan Thinaah kini berpeluang untuk berehat dan dijangka akan kembali beraksi dalam Masters Jepun bermula 12 November ini.
Muzaffar Musa
Fri Nov 01 2024
Siri Antarabangsa Malaysia di Johor: Jom berikan sokongan, masuk adalah percuma!
Berita baik buat peminat badminton negara apabila berpeluang menyaksikan bintang meningkat naik negara seperti Ong Zhi Yi beraksi secara percuma.
Masters Korea: Aaron-Wooi Yik selesa mara ke separuh akhir
Pilihan utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Korea menerusi kemenangan 21-17, 21-12 ke atas wakil tuan rumah, Kim Jae-hyeon-Lee Sang-won.
Masters Korea Selatan BWF: Aaron Chia-Wooi Yik tumbangkan bekas juara dunia dalam tempoh setengah jam
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tiada masalah untuk menewaskan bekas juara dunia dari Korea Selatan, Ko Sung-hyun-Shin Baek-cheol, dalam aksi straight set 21-18,21-17, dalam saingan Masters Korea Selatan BWF di Iksan City, sebentar tadi.
Kemajuan prestasi Pearly-Thinaah, pemain muda agenda utama Rosman Razak
Kepulangan Rosman Razak ke pangkuan Pertsatuan Badminton Malaysia (BAM) umpama "bagai sirih pulang ke gagang" serta dia merupakan figura tepat untuk membantu beregu wanita negara selaku ketua jurulatih. Hari pertamanya jelas membawa misi dan menyahut cabaran dari pihak BAM sendiri untuk mencipta kejayaan besar buat beregu wanita utama negara, Pear
Kota Rom tidak dibina dalam sehari -- Lee Zii Jia
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, terlibat dalam sesi bertemu dua peminat muda dan berkongsikan cita-cita terbesarnya dalam sukan badminton iaitu untuk menjadi juara dunia.
Selain badminton, Kunlavut Vitidsarn miliki bakat dalam nyanyian
Pemain badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn, mencipta kejutan apabila hadir sebagai tetamu undangan dalam sebuah program The Wall Show di Thailand dengan dia menyanyikan sebuah lagu bersama naib juara Miss Universe, Antonia Porsild.
Final Jelajah Dunia BWF: Pasangan suami isteri elak tekanan buru kelayakan
Pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai, enggan memberi tekanan buat diri sendiri dalam misi memburu tiket ke Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF (WTF) di China akhir tahun ini.
Masters Indonesia: K. Letshaana mara ke final dengan straight set
Pemain perseorangan wanita negara, K. Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia selepas menewaskan lawan dari Taiwan, Liang Ting-yu, dengan kemenangan straight set 21-18, 21-19.
'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
Pearly Tan dan M.Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
Teo Kok Siang sahut cabaran pacu kem profesional badminton
Jurulatih beregu profesional negara, Teo Kok Siang, menyifatkan transisi penghijrahan Rosman Razak ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Selasa depan sebagai satu kehilangan besar buat sektor beregu profesional negara.
Luis Enrique confirms PSG squad rotation for Angers encounter
Luis Enrique: PSG to make changes
Camarda will make first Milan start in Morata's absence, says Fonseca
Camada to replace injured Morata
Michel: Congested schedule adding to Girona's injury troubles
Michel: Schedule adding injuries
WTA Finals: Zheng edges Krejcikova to reach Riyadh showpiece
Zheng in WTA Finals showpiece
ATP Finals: Will Djokovic's drop out pave the way for another Sinner-Alcaraz tussle?
ATP Finals preview
Al-Hilal 3-1 Al-Ettifaq: Champions return to the summit with dominant win
Report: Al-Hilal 3-1 Al-Ettifaq
'Composure' and 'focus' key to beating new look Bochum, says Alonso
Alonso: We must be focused
Motta expects Juventus to be at '200%' for Turin derby
Motta: Juve ready for derby
Omoridion receives maiden Spain call-up
Samu called up for Spain
Ancelotti demands Real Madrid response after 'difficult' Milan defeat
Ancelotti: We must respond