Pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai, enggan memberi tekanan buat diri sendiri dalam misi memburu tiket ke Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF (WTF) di China akhir tahun ini.
Shevon, sebaliknya, mahu memberikan fokus kepada peningkatan prestasi menjelang dua lagi kejohanan sebelum WTF, iaitu Jepun Masters dan China Masters, bulan ini.
Malah dia berasakan peluang mereka untukke WTF cerah, namun senarai rasmi belum dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
"Belum mahu fikir lagi WTF kerana hanya tahu perkara itu melalui media sosial. BWF belum maklum secara rasmi.
"Peluang (WTF) memang ada dan kalau layak, sangat gembira serta berpuas hati. Namun mahu fokus kepada dua kejohanan terlebih dahulu sebelum fikir WTF," katanya.
Sebagai rekod, mereka pernah menyertai WTF pada 2018, 2020 dan 2022 dengan pencapaian terbaik layak ke separuh akhir ketika melakukan penampilan kedua dalam kejohanan itu.
Mereka ketika ini berada di ranking keempat WTF di belakang satu lagi beregu campuran negara, Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei.
Shevon berkara proses latihan mereka di Sri Petaling bersama rakan sepelatih, termasuk beregu lelaki profesional, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, berjalan dengan baik.
Tambahnya, dalam tempoh ini, fokus mereka adalah untuk meningkatkan konsistensi dan kestabilan dalam permainan, selain mahu mengelak daripada sebarang kecederaan.
Malah dia juga enggan meletakkan sebarang sasaran dalam baki kejohanan tahun ini kerana mahu fokus memberikan yang terbaik ketika di dalam gelanggang.
"Persaingan setiap kejohanan berbeza dan sudah pasti ia sengit. Peluang (untuk pergi jauh) juga bergantung kepada keputusan undian.
"Persediaan mental dan fizikal juga baik, malah keputusan (kejayaan) pada tahun ini juga amat baik, lebih daripada jangkaan," katanya.
Sebagai rekod Shevon-Soon Huat merangkul kejuaraan Terbuka Switzerland pada Mac lalu dan Masters Malaysia pada Mei lalu.
WTF dijadual berlangsung di Hangzhou dari 11 hingga 15 Disember ini.
--Sinar Harian
Stadium Astro
Tue Nov 05 2024
Siri Antarabangsa Malaysia di Johor: Jom berikan sokongan, masuk adalah percuma!
Berita baik buat peminat badminton negara apabila berpeluang menyaksikan bintang meningkat naik negara seperti Ong Zhi Yi beraksi secara percuma.
Masters Korea: Aaron-Wooi Yik selesa mara ke separuh akhir
Pilihan utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Korea menerusi kemenangan 21-17, 21-12 ke atas wakil tuan rumah, Kim Jae-hyeon-Lee Sang-won.
Masters Korea Selatan BWF: Aaron Chia-Wooi Yik tumbangkan bekas juara dunia dalam tempoh setengah jam
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tiada masalah untuk menewaskan bekas juara dunia dari Korea Selatan, Ko Sung-hyun-Shin Baek-cheol, dalam aksi straight set 21-18,21-17, dalam saingan Masters Korea Selatan BWF di Iksan City, sebentar tadi.
Kemajuan prestasi Pearly-Thinaah, pemain muda agenda utama Rosman Razak
Kepulangan Rosman Razak ke pangkuan Pertsatuan Badminton Malaysia (BAM) umpama "bagai sirih pulang ke gagang" serta dia merupakan figura tepat untuk membantu beregu wanita negara selaku ketua jurulatih. Hari pertamanya jelas membawa misi dan menyahut cabaran dari pihak BAM sendiri untuk mencipta kejayaan besar buat beregu wanita utama negara, Pear
Kota Rom tidak dibina dalam sehari -- Lee Zii Jia
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, terlibat dalam sesi bertemu dua peminat muda dan berkongsikan cita-cita terbesarnya dalam sukan badminton iaitu untuk menjadi juara dunia.
Selain badminton, Kunlavut Vitidsarn miliki bakat dalam nyanyian
Pemain badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn, mencipta kejutan apabila hadir sebagai tetamu undangan dalam sebuah program The Wall Show di Thailand dengan dia menyanyikan sebuah lagu bersama naib juara Miss Universe, Antonia Porsild.
Final Jelajah Dunia BWF: Pasangan suami isteri elak tekanan buru kelayakan
Pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai, enggan memberi tekanan buat diri sendiri dalam misi memburu tiket ke Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF (WTF) di China akhir tahun ini.
Masters Indonesia: K. Letshaana mara ke final dengan straight set
Pemain perseorangan wanita negara, K. Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia selepas menewaskan lawan dari Taiwan, Liang Ting-yu, dengan kemenangan straight set 21-18, 21-19.
'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
Pearly Tan dan M.Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
Teo Kok Siang sahut cabaran pacu kem profesional badminton
Jurulatih beregu profesional negara, Teo Kok Siang, menyifatkan transisi penghijrahan Rosman Razak ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Selasa depan sebagai satu kehilangan besar buat sektor beregu profesional negara.
Camarda will make first Milan start in Morata's absence, says Fonseca
Camada to replace injured Morata
Michel: Congested schedule adding to Girona's injury troubles
Michel: Schedule adding injuries
WTA Finals: Zheng edges Krejcikova to reach Riyadh showpiece
Zheng in WTA Finals showpiece
ATP Finals: Will Djokovic's drop out pave the way for another Sinner-Alcaraz tussle?
ATP Finals preview
Al-Hilal 3-1 Al-Ettifaq: Champions return to the summit with dominant win
Report: Al-Hilal 3-1 Al-Ettifaq
'Composure' and 'focus' key to beating new look Bochum, says Alonso
Alonso: We must be focused
Motta expects Juventus to be at '200%' for Turin derby
Motta: Juve ready for derby
Omoridion receives maiden Spain call-up
Samu called up for Spain
Ancelotti demands Real Madrid response after 'difficult' Milan defeat
Ancelotti: We must respond
De Jong returns to Netherlands squad, Depay and Ake out
De Jong named in Netherlands squad