Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, tidak mahu pemainnya cepat berpuas hati dengan prestasi yang dicapai dalam saingan Terbuka India di New Delhi yang berakhir semalam.
Malah, jurulatih dari Indonesia itu mahu mereka terus berusaha lebih gigih untuk meningkatkan persembahan pada kejohanan akan datang.
Tiga beregu yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu mara ke saingan separuh akhir kejohanan berstatus Super 750 tersebut.
Mereka terdiri daripada beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).
“Perlu terus bekerja keras. Masih pada awal musim selepas Terbuka Malaysia dan India. Perjalanan masih panjang,” katanya.
Dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Indira Gandhi itu, Aaron-Wooi Yik tumpas di tangan pasangan Korea Selatan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae 20-22, 19-21.
Tang Jie-Ee Wei pula kalah kepada beregu Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-17, 21-15, manakala Pearly-Thinaah dikecewakan pasangan Korea Selatan, Kim Hye-jeong dan Kong Hee-yong 21-81, 21-18.
Rexy menjelaskan prestasi Aaron-Wooi Yik dilihat dalam proses menuju ke prestasi terbaik mereka selepas meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos tahun lalu.
“Perlahan-lahan kembali dalam landasan selepas Sukan Olimpik,” katanya.
Bagi Tang Jie-Ee Wei mereka perlu lebih konsisten dalam permainan selain wajar terus memiliki semangat melawan yang jitu.
“Prestasi masih lagi naik dan turun. Belum konsisten,” ujarnya.
Tambah Rexy, bagi Pearly-Thinaah pula mereka perlu mencari semula momentum yang hilang sebelum ini.
Kem badminton akan terbang ke Jakarta bagi mengharungi Masters Indonesia bermula esok.
Kredit: Sinar Harian
Stadium Astro
Mon Jan 20 2025
Masters Indonesia: Hong Yang sekali lagi hantui perjalanan Jun Hao
Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, terpaksa akur kepada lawan yang sama dalam Terbuka India apabila kandas di pusingan 32 Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.
Badminton Masters Indonesia: Pang Ron-Su Yin cemerlang ke pusingan kedua
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, mempamerkan aksi cemerlang menewaskan wakil Hong Kong, Lui Chun Wai-Fu Chi Yan, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei tempah pusingan 16
Beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mengetuai cabaran kem negara dalam pusingan 32 Kejohanan Badminton Masters Indonesia, pagi tadi.
Badminton Masters Indonesia: Man-Tee hantar wakil China pulang awal
Beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Wai Kun, langkah kanan di Kejohanan Badminton Masters Indonesia selepas menewaskan lawan dari China, Sun Wen Jun-Zhu Yi Jun, di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.
Badminton Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik lepasi ujian pertama
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melepasi ujian pertama dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia apabila menewaskan lawan dari Denmark, William Kyrger Boe-Christian Faus Kjaer, di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.
TERKINI: BAM bebas daripada SPRM
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bebas daripada sebarang hukuman daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bulan lalu.
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin bakal sertai program 'Road To Gold'
Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan juara badminton Terbuka India 2025, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bagi memastikan mereka juga mempunyai tempat dalam program Road To Gold'.
Rexy sanjung kecemerlangan Sze Fei-Nur Izzuddin
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, menyanjung aksi cemerlang dipamerkan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, ketika menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi minggu lalu.
Terbuka India: Zakry bangga Sze Fei-Nur Izzuddin padam rekodnya bersama Faruzizuan
Bekas juara Terbuka India 2010, Zakry Latif, berbangga dengan kejayaan beregu nombor dua dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menamatkan kemarau negara menggenggam kejuaraan kejohanan itu, yang kali terakhir dilakukannya bersama Faruzizuan Tazari pada 15 tahun lalu.
Terbuka India: Butter chicken, garlic naan antara resipi kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin
Beregu lelaki utama negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, yang melengkapkan minggu penuh gemilang di New Delhi dengan merangkul trofi Kejohanan Badminton Terbuka India semalam, berkata salah satu resipi kejayaan mereka adalah dengan menikmati makanan menarik sepanjang kejohanan itu.
Liverpool avoiding Champions League knockout round more important than top spot, says Slot
Slot lauds Lille triumph
Simeone: Leverkusen victory will be remembered by spectators
Simeone: Win will be remembered
Australian Open: Shelton overcomes Sonego in thrilling tussle
Shelton powers into semi-finals
Murillo signs new Nottingham Forest contract
Murillo signs new Forest contract
Dortmund sack Sahin following Champions League defeat at Bologna
Dortmund sack Sahin
Slovan Bratislava 1-3 Stuttgart: Leweling brace keeps visitors' play-off hopes alive
Report: Bratislava 1-3 Stuttgart
Australian Open: Keys does not need a major title to be satisfied
Keys does not need grand slam glory
Australian Open: 'It's not my goal to be ruthless' – Swiatek
Swiatek not aiming to be ruthless
NBA: Jokic notches another triple-double as Nuggets rout reeling 76ers
Jokic has triple-double in win
Australian Open: Slick Swiatek soars into semi-finals
Swiatek makes light work of Navarro