Shaiful Shamsudin
Tue Nov 22 2022
DENMARK 0 TUNISIA 0
Andreas Cornelius terlepas peluang keemasan sementara Tunisia meraih mata penting dalam perlawanan Piala Dunia dengan Denmark yang berkesudahan tanpa jaringan, sebentar tadi.
Denmark yang mara separuh akhir Euro 2020 dilabel sesetengah pihak sebagai kuda hitam dalam kempen di Qatar, sebaliknya mereka diuji hebat oleh Tunisia.
Dengan sokongan padu di Stadium Education City, Tunisia lebih menguasai perlawanan pembukaan Kumpulan D itu apabila menuntut Kasper Schmeichel menyelamatkan percubaan menarik yang dijelmakan Issam Jebali dalam separuh masa pertama.
Ketika Denmark mula mengatur langkah lebih positif, ia hanya menyemarakkan penyokong Tunisia apabila terjahan Aissa Laidouni ke atas Christian Eriksen dirai bagaikan jaringan.
Kemudian keseronokan mereka hanya bertahan seketika selepas penyudah Jebali dibatalkan sebaik bendera ofsaid diangkat.
Jebali kekal menjadi tunjang utama pasukannya dalam babak kedua apabila menuntut Schmeichel melayangkan badannya untuk menguis lambungan penyerang itu.
Selepas itu, giliran jaringan Andreas Skov Olsen dibatalkan kerana ofsaid, manakala ketangkasan Aymen Dahmen menafikan percubaan Christian Eriksen.
Dan pemain gantian, Cornelius, seharusnya mencetak namanya sebagai wira tetap tandukannya dari jarak dekat tersasar cuma satu ela.
Detik mendebarkan terus berlanjutan di penghujung permainan apabila mendakwa bola terkena tangan Joachim Andersen di dalam kotak penalti.
Dengan rayuan itu tidak diendahkan, Tunisia sebaliknya hampir dihukum selepas lengan Meriah terkena tempias bola pada masa kecederaan, tetapi pengadil, Cesar Arturo Ramos, memutuskan untuk tidak memberikan sepakan penalti selepas berunding dengan pembantunya.
Piala Thomas: Denmark tumbang, tiada Axelsen dalam separuh akhir
Taiwan menewaskan Denmark 3-1 untuk melangkah ke saingan separuh akhir Piala Thomas 2024.
Terkini: Denmark di ambang kekalahan
Denmark ketika ini sedang ketinggalan 0-2 kepada Taiwan dalam aksi suku akhir Piala Thomas di Chendu China.
Piala Thomas: Aksi dramatik Zii Jia-Axelsen tarik perhatian BWF
Aksi peringkat Kumpulan D antara Malaysia dan Denmark telah menyajikan perlawanan yang cukup menarik.
Gary Lineker luah kebimbangan terhadap bintang baru Man United Rasmus Hojlund
Gary Lineker tidak yakin bahawa Rasmus Hojlund mampu menandingi jangkaan dengan tanda harganya selepas pemain antarabangsa Denmark itu melengkapkan perpindahan GBP72 juta ke Manchester United.
Kelayakan Euro 2024: Kekalahan kepada Denmark sukar diterima -- Jonny Evans
Jonny Evans berkata kekalahan Ireland Utara 1-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024 kepada Denmark adalah 'sukar untuk diterima' selepas dia diputuskan sebagai ofsaid ketika melakukan bantuan jaringan buat Callum Marshall untuk gol penyamaan dalam masa kecederaan.
Kelayakan Euro 2024: Kazakhstan beri Denmark tamparan berat
Denmark membazirkan pendahuluan 2-0 untuk tumbang 2-3 di Kazakhstan, sekali gus menjadi tamparan awal dalam kempen kelayakan Euro 2024.
Piala Dunia Qatar: Australia iringi Perancis ke pusingan 16, Tunisia, Denmark kecewa
Australia mengiringi Perancis ke pusingan 16 Piala Dunia Qatar 2022 selepas menang tipis 1-0 ke atas Denmark dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Al Janoub sebentar tadi.
Piala Dunia Qatar: Pasukan 'gila' Perancis harus mara ke final -- Lindstrom
Penyerang Denmark, Jesper Lindstrom, percaya 'pasukan gila' Perancis harus mara sekurang-kurangnya ke final Piala Dunia.
Piala Dunia Qatar: Denmark sediakan jerat buat Kylian Mbappe
Ketua jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand, tidak gentar dengan kelibat Kylian Mbappe tetapi mengakui tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menyekat kelincahan penyerang Perancis itu.
Piala Dunia Qatar: Denmark-Tunisia sama liat
Andreas Cornelius terlepas peluang keemasan sementara Tunisia meraih mata penting dalam perlawanan Piala Dunia dengan Denmark yang berkesudahan tanpa jaringan, sebentar tadi.
Nashville SC v Atlanta United: Long-time coach Smith departs in shock move
Nashville SC are on the lookout for a new coach after they elected to part ways with Gary Smith, despite a win in midweek.
FC Cincinnati v St. Louis City: Noonan looking for improved performance despite Atlanta win
Preview: FC Cincinnati v St. Louis
Martino 'won't take risks' but expects Messi to play this weekend
Martino expecting Messi to play
PGA Championship: Schauffele sets pace with historic round
Schauffele sets Valhalla pace
Almeria 0-2 Barcelona: Fermin at the double in easy Blaugrana win
Report: Almeria 0-2 Barcelona
Sabalenka defeats Collins to set up Swiatek rematch
After losing to Iga Swiatek in Madrid earlier in May, Aryna Sabalenka will get the chance for revenge when she faces the Pole in Rome.
Charlotte FC v LA Galaxy: Smith looking to build on 'untidy' win over Fire
Charlotte FC will bid to make it four straight wins when they welcome the LA Galaxy this weekend.
Klopp jokes he 'doesn't like Maddison' after failing to block Kompany winner
Klopp: I don't like Maddison!
Al-Ittihad pegged back as winless run rolls on
Al-Ittihad's poor run continued as they drew 1-1 with Al-Khaleej in the Saudi Pro League on Thursday.
Leeds United 4-0 Norwich City (4-0 agg): Whites book Wembley spot in emphatic fashion
Report: Leeds 4-0 Norwich (4-0 agg)