Denmark ketika ini sedang ketinggalan 0-2 kepada Taiwan dalam aksi suku akhir Piala Thomas di Chendu China.

Selepas perseorangan utama, Viktor Axelsen, tewas kepada Chou Tien Chen, nasib Denmark kini bagaikan telur di hujung tanduk apabila beregu pertama, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, turut mengalami kekalahan.

Berdepan juara Sukan Olimpik, Lee Yang-Wang Chi Lin, Astrup-Rasmussen, tewas secara set langsung 14-21, 15-21 dalam masa 37 minit.

Tekanan kini pasti memuncak buat Anders Antonsen, yang wajib menewaskan Lin Chun Yi seandainya mahu menghidupkan peluang ke separuh akhir.