Taiwan menewaskan Denmark 3-1 untuk melangkah ke saingan separuh akhir Piala Thomas 2024.

Pemain beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, cemerlang menghadiahkan mata kemenangan kepada pasukannya selepas menumbangkan pemain beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, 23-21,21,18 dalam saingan suku akhir Piala Thomas, sebentar tadi.

Mata Taiwan disumbangkan melalui pemain perseorangan, Chou Tien Chen, yang cemerlang menewaskan perseorangan nombor satu dunia dalam perlawanan pertama dan daripada pemain beregu Lee Yan-Wang Chi Lin.




Taiwan akan berdepan Indonesia dalam saingan separuh akhir Piala Thomas selepas negara jiran itu berjaya menewaskan Korea Selatan 3-1.