Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke suku akhir selepas menewaskan beregu muda India, Sathish Kumar Karunakaran-Aadya Variyath, 21-10, 21-17 dalam saingan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia sebentar tadi.

32 minit waktu permainan hanya diperlukan Soon Huat-Shevon memastikan kemaraan mereka ke suku akhir, memperoleh kemenangan 21-10 dalam set pertama.

Mendapatkan saingan dalam set kedua, namun kelebihan daripada segi pengalaman menjadi pemisah buat mereka untuk menoktahkan permainan dengan kemenangan 21-17 untuk melangkah ke suku akhir.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama mereka melangkah ke suku akhir Terbuka Malaysia sejak membuat penampilan sulung pada edisi 2018.