Drama dalam penghujung perlumbaan peringkat kedua Le Tour De Langkawi 2024 Arau-Butterworth dengan ramai pelumba terbabit kemalangan termasuk wakil negara.

Lebih ngeri apabila menyaksikan kelajuan pelumba di kamera ‘Go Pro’ yang dipasang pada basikal Harrif, pakar pecut Terengganu Polygon Cycling Team (TSG).

Harrif yang sedang memecut hampir 80 km/j – berjaya mengelak sebuah kereta dan menyelit ke ruang kecil untuk menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh.



A post shared by HARRIFSALLEH (@harrif_saleh)



Memang pelumba basikal, sama ada lebuhraya atau trek cukup berani terutama untuk mengambil risiko bagi raih kemenangan.

Bukan mudah dan atas faktor itu, kita perlu sokong mereka sepanjang mewakili negara.

Tahniah Harrif, selamat berjuang untuk baki 6 lagi peringkat perlumbaan.