Slogan 'Muezza Solid' menggambarkan kehebatan penganjuran Kejohanan Memanah Dalam Dewan Muezza Grand Sirkit Volt Edition 2024 yang melabuhkan tirai pada ahad.

Muhammad Aniq Mustafa tampil cemerlang dengan bidikan kemas untuk memastikan kemenangan 7-3 mengatasi Muhamad Hazieq Mohamad Nizam dalam kategori Elite B, B-17 tahun lelaki.

"Saya berasa gembira dapat meraih pingat pertama, saya bersekolah daripada 7 pagi hingga 3.30 petang kemudian saya akan berlatih daripada selepas solat asar hingga pukul 7 petang," kata Muhammad Aniq Mustafa.






Sementara itu, Nur Zahraa Alya Mohd Sobri muncul pemenang kategori Elite B, B-17 tahun wanita sekali gus menewaskan Amni Irdina Abdul Hadi dengan keputusan 6-0.

"Saya banyak berlatih dan menunggu hampir tiga tahun baru menang jadi ia adalah rezeki," tambahnya.

Dalam pada itu, Noor Izzah Salehuddin, pula dinobatkan sebagai juara kategori Novice B, B-17 tahun perempuan selepas menewaskan Shiti Nur Rabiatul Ain 6-0 dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, hari ini.

"Saya berlatih juga, ada senaman tangan yang diterapkan jurulatih untuk mendapat panahan yang tepat." ujar Noor Izzah.