Ketua Pegawai Eksekutif, Muezza Education Sdn Bhd, Anaz Izuan Azmi, berharap penganjuran Kejohanan Muezza Grand Sirkit Archery Siri Ke-3 akan dapat melahirkan pelapis memanag negara dengan acara itu akan membuka tirainya di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, bermula hari ini.

kali ini akan mengetengahkan pendedahan terhadap produk akar umbi bermula usia sembilan hingga 17 tahun.

Kejohanan dwitahunan itu bakal membuka laluan terhadap peserta untuk ke peringkat lebih tinggi dengan penyertaan kali ini akan mengumpulkan 56 cawangan Muezza seluruh negara.





"Ini adalah kejohanan dwitahunan dengan kami mengumpulkan 56 cawangan Muezza di satu tempat untuk berkumpul dan mengetengahkan bakat serta potensi mereka selain daripada memberikan peserta latihan berterusan dan pendedahan buat mereka.

"Objektif utama adalah untuk mencungkil bakat memandangkan kami ada pasukan pencari bakat untuk diserapkan ke Muezza Development Program (MDP) dimana setiap dua bulan mereka akan ikuti kejohanan luar untuk mara lebih maju.

"Kami mengharapkan ada pelajar kami dapat tembusi ke Sukan Olimpik." katanya kepada Nadi Weekend.

Dalam pada itu, pemanah cilik, Zara Aafia Anas Izuan, yang mengambil bahagian dalam kategori Novice B-12 menjelaskan hasratnya untuk ke Sukan Olimpik apabila disoal mengenai hala tujunya dalam sukan memanah itu.

"Memanah daripada usia lapan tahun, saya pilih sebab minat. Pada awalnya sukar kerana berat. Tetapi saya nak bermain sampai di pentas Sukan Olimpik dengan saya menjadikan Khairul Anuar sebagai idola saya." tambahnya.