Shaiful Shamsudin
Wed May 27 2020
RB Leipzig mengesahkan ketua pasukan, Yussuf Poulsen, mengalami masalah ligamen di pergelangan kaki kanannya yang akan menyisihkannya.
Poulsen ditimpa kecederaan itu pada minit ke-20 minit dalam kemenangan 5-0 di Mainz kelmarin tetapi sempat meneruskan permainan dengan menyumbangkan satu gol dan mencipta dua bantuan jaringan.
Pemain antarabangsa Denmark itu kemudian menjalani pemeriksaan sebelum disahkan perlu direhatkan.
"Penyerang kami, Yussuf Poulsen, mengalami kecederaan ligamen di pergelangan kaki kanannya ketika menentang Mainz 05," demikian satu kenyataan di laman sesawang rasmi kelab itu.
"Dia akan diketepikan sehingga diberitahu lebih lanjut. Ia adalah hasil daripada ujian yang dijalankan Isnin lalu."
Pengurus, Julian Nagelsmann, juga kehilangan Ibrahima Konate menjelang pertembungan dengan Hertha Berlin di laman sendiri tengah malam ini, namun Emil Forsberg kembali pulih daripada kecederaan dan bersedia untuk beraksi.
Leipzig melonjak ke tangga ketiga selepas membelasah Mainz tetapi Nagelsmann menjangkakan pertandingan yang sukar ketika menghadapi Hertha, yang telah meraih dua kemenangan sejak pelantikan Bruno Labbadia bulan lalu.
"Sukar untuk meramalkan apa-apa mengenai Hertha kerana ini baru perlawanan ketiga mereka di bawah kendalian Bruno Labbadia," katanya dalam sidang akhbar semalam.
"Mereka mungkin akan bertahan sebelum mengatur serangan balas. Vedad Ibisevic merupakan pemain yang sempurna untuk tugasan seperti itu.
"Saya gembira melihat Bruno dan semangatnya kembali ke Bundesliga. Dalam masa yang singkat, dia membantu menstabilkan pasukannya.
"Tetapi, kami ingin mengakhiri rentak kemenangan Hertha esok dan meneruskan prestasi kami di Mainz."
UCL: Brahim Diaz pastikan Real Madrid bawa bekalan satu gol atasi RB Leipzig
Brahim Diaz membuktikan dia mampu merampas tempat daripada pemain yang sedang cedera, Jude Bellingham, apabila jaringan tunggalnya memastikan kemenangan 1-0 Real Madrid ke atas RB Leipzig dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Arena Red Bull awal pagi tadi.
Liga Juara-Juara: Jude Bellingham terlepas aksi pusingan 16 ekoran kecederaan buku lali
Jude Bellingham tidak akan kembali ke Jerman untuk perlawanan pusingan pertama Liga Juara-Juara (UCL) Real Madrid menentang RB Leipzig kerana kecederaan buku lali.
UCL: RB Leipzig mahu tebus maruah di laman Manchester City
RB Leipzig berharap dapat menebus maruah mereka selepas dibelasah Manchester City musim lalu, kata ketua jurulatihnya, Marco Rose.
UCL: Julian Alvarez bantu Manchester City jinakkan RB Leipzig
Manchester city meledak dua jaringan di saat akhir untuk meneruskan momentum kemenangan di aksi kumpulan Liga Juara-Juara Eropah dengan meraih 3-1 ke atas RB Leipzig.
Bundesliga: Harry Kane bantu kebangkitan Bayern Munich ikat RB Leipzig
Harry Kane muncul wira ketika Bayern Munich bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat RB Leipzig 2-2 dalam perlawanan Bundesliga di Arena Red Bull awal pagi tadi.
Bundesliga: Tuchel beri amaran RB Leipzig akan beri tentangan hebat buat Bayern
Ketua jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel, menyifatkan tuan rumah untuk aksi pagi esok, RB Leipzig, sebagai pasukan berbahaya tambahan lagi selepas mencatat kemenangan dalam dua perlawanan menentang mereka, termasuk dalam kejohanan pembuka musim, Piala Super DFL.
DFB-Pokal: Gol Nkunku, Szoboszlai pastikan RB Leipzig pertahan kejuaraan
Christopher Nkunku dan Dominik Szoboszlai menemui sasaran untuk RB Leipzig mempertahankan gelaran DFB-Pokal dengan menewaskan Eintracht Frankfurt 2-0 dalam aksi final di Olympiastadion awal pagi tadi.
UCL: Haaland pecah rekod jaring lima gol bantu Manchester City mara bergaya ke suku akhir
Lima gol yang dijaringkan Erling Haaland membawa Manchester City ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan cukup bergaya apabila membelasah RB Leipzig 7-0 dalam perlawanan kedua pusingan 16 awal pagi tadi.
City hanya akan dinilai berdasarkan kejayaan dalam UCL -- Guardiola
Pep Guardiola mengakui eranya bersama Manchester City hanya akan dinilai dengan kejayaan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) walaupun mereka masih berjuang memburu tiga gelaran musim ini.
Benteng kental bantu Dortmund pintas Bayern di puncak Bundesliga
Edin Terzic memuji kekentalan pertahanan Borussia Dortmund untuk menyamai rekod kemenangan kelapan berturut-turut kelab dalam Bundesliga dengan menundukkan pencabar kejuaraan, RB Leipzig, 2-1, awal pagi tadi.
NBA: Knicks survive 76ers to advance, Pacers eliminate Bucks with rout
Knicks, Pacers advance to East semi
Atlanta United v Minnesota United: Five Stripes not concerned by winless run
Atlanta United have not won in four games, and have the in-form Minnesota United next up on Saturday.
D.C. United v Philadelphia Union: Gazdag eyes response after landmark goal overshadowed
Daniel Gazdag became the Philadelphia Union's all-time leading goalscorer earlier this week, but it counted for little.
Charlotte FC v Portland Timbers: Hosts target 90-minute display, Neville rues slow starts
Two out-of-form teams meet at Bank of America Stadium in MLS this weekend, with Charlotte FC hosting the Portland Timbers.
Sabalenka sets up Swiatek rematch at Madrid Open
Sabalenka edges out Rybakina
Saudi Pro League: Mahrez and Firmino on target as Al-Ahli tighten grip on third place
Firmino and Mahrez net for Al-Ahli
Europa Conference League: Aston Villa stunned by Olympiacos
Villa stunned in Conference League
Europa League: Wirtz and Andrich goals put Leverkusen on the brink, Marseille hold Atalanta
Leverkusen put one foot in final
'Just work hard mate' – Postecoglou's simple answer to Tottenham's tricky question
Hardy work the key for Spurs
Chelsea 2-0 Tottenham: Chalobah and Jackson goals dent Spurs' top-four hopes
Report: Chelsea 2-0 Tottenham