RB LEIPZIG 0 REAL MADRID 1

Brahim Diaz membuktikan dia mampu merampas tempat daripada pemain yang sedang cedera, Jude Bellingham, apabila jaringan tunggalnya memastikan kemenangan 1-0 Real Madrid ke atas RB Leipzig dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Arena Red Bull awal pagi tadi.

Jaringan daripada gerakan solo gemilang Diaz pada minit ke-48 itu juga membenarkan Madrid untuk membawa kelebihan satu gol menjelang aksi kedua di laman sendiri awal bulan depan tetapi kecederaan yang dialaminya pada lewat permainan sudah pasti membimbangkan ketua jurulatih, Carlo Ancelotti.

Keberadaannya mengurangkan bebanan Madrid selepas kehilangan penjaring 20 gol, Bellingham, yang terpaksa berehat selama dua hingga tiga minggu gara-gara terseliuh buku lali, di mana juara Eropah 14 kali itu bergelut sepanjang ketiadaannya.

Sebagai Rekod, Diaz dipinjamkan kepada AC Milan selama tiga tahun bermula September 2020 sebelum kembali ke pangkuan Los Blancos pada Jun lalu.