Ammar Hakim
Tue Jul 16 2024
Jamie Carragher percaya Gareth Southgate harus kekal bertanggungjawab ke atas England walaupun kalah di final Euro 2024 kepada Sepanyol.
Southgate mengetuai England ke final Kejohanan Eropah buat kali kedua berturut-turut, tetapi mengalami keputusan yang sama dalam kedua-duanya ketika penantian Three Lions untuk gelaran di peringkat antarabangsa berterusan.
Di bawah kendaliannya, England telah mencapai lebih banyak perlawanan akhir kejohanan utama dalam empat percubaan (dua) daripada yang mereka lakukan dalam 23 penampilan pertama mereka di Piala Dunia dan Euro (satu).
Tetapi kekalahan itu menyaksikan Southgate menjadi pengurus pertama dalam sejarah Kejuaraan Eropah yang mengalami kekalahan dalam dua percubaan malah mungkin menjadi perlawanan terakhirnya mengendali Three Lions.
"Saya mahu Gareth Southgate kekal, tetapi saya faham jika dia perlu meninggalkan pasukan. Cuba anda fikirkan mengenai kritikan terhadap dirinya, ia sudah melampaui batas," kata Carragher kepada Sky Sports.
"Siapa yang mahu mengambil jawatan England? Memandangkan anda perlu pergi dan memenangi Piala Dunia atau Euro seterusnya untuk dianggap berjaya.
"Kami bukan negara yang memenangi trofi, kami bukan Brazil. Kami bukan pasukan yang mempunyai sejarah -- ya, kami mahu mengubahnya.
"Tetapi saya tidak dapat melihat ramai pengurus yang sesuai dan berkata 'oh saya ingin tugas ini'.
"Pengurus terbaik bola sepak menguruskan kelab di peringkat Liga Juara-Juara, di situlah mereka mahu," sambung Carragher.
“Bola sepak antarabangsa adalah mengenai pemain, anda tidak boleh pergi membeli pemain untuk negara anda, anda perlu berusaha dengan apa yang anda ada.
“Mungkin pengurus lain boleh mendapat lebih banyak daripada kumpulan ini tetapi anda perlu memenangi kejohanan -- sesuatu yang kami lakukan sekali dalam kira-kira 100 tahun.
"Pengurus terbaik tidak menguruskan di peringkat antarabangsa. Pengurus Sepanyol adalah contoh yang sempurna, kebanyakan orang tidak akan pernah mendengar tentangnya sebelum kejohanan ini.
“Masalah yang dihadapi Southgate ialah orang melihatnya sebagai seorang lelaki tanpa latar belakang untuk berjaya atau memenangi sesuatu.
"Tugas England bukanlah yang muktamad. Pekerjaan teratas adalah dalam Liga Perdana Inggeris -- di situlah tempatnya.
"Southgate cukup mengenali sepak antarabangsa, dia cemerlang dengan media, dia mengenali pemain -- saya tidak pasti siapa pengurus yang dimahukan oleh semua orang untuk mengganti tempatnya."
Kewarganegaraan tidak penting -- Guardiola terhadap pelantikan Tuchel sebagai jurulatih baru England
'Kewarganegaraan bukan isu pertama' -- Itulah pandangan ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola, mengenai pelantikan Thomas Tuchel sebagai pengendali baru England.
Thomas Tuchel pengurus baru England
Bekas pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, bersetuju untuk memikul tanggungjawab sebagai pengurus baru England, sekali gus muncul individu ketiga bukan berdarah British yang memikul tanggungjawab itu selepas Sven-Goran Eriksson (2001-2006) dan Fabio Capello (2007 -2012).
Pengurus baru England? Ini jawapan Pep Guardiola
Pep Guardiola menolak dakwaan dia telah memutuskan untuk mengambil alih jawatan sebagai pengurus baru England yang seterusnya.
UNL: Carsley minat kekal bimbing England walaupun tak mohon jawatan
Lee Carsley mendedahkan dia tidak memohon untuk jawatan ketua jurulatih England dan enggan menyesal sepanjang tempohnya sementaranya.
Liga Negara-Negara: Lee Carsley tersilap percaturan yang membawa kekalahan England
Carsley memilih untuk menurunkan pasukan tanpa penyerang yang diiktiraf kerana ketiadaan kapten Harry Kane yang cedera, tetapi strategi ini tidak berhasil di padang.
UNL: Jurulatih England sangkal prestasi punca Harry Maguire diketepikan
Lee Carsley menegaskan ketiadaan Harry Maguire daripada senarai skuad England bukan disebabkan prestasi sambil menegaskan bahawa dia masih mempunyai peranan penting untuk negaranya.
UNL: Penampilan ke-100 Harry Kane berikan kemenangan buat England
Bintang Bayern Munich, Harry Kane, membantu England meraih kemenangan 2-0 ke atas Finland dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
900 jaringan Cristiano Ronaldo jadi inspirasi Harry Kane
Penyerang Bayern Munich, Harry Kane, mahu melunaskan kemuncaknya ketika bakal melakukan penampilannya yang ke-100 selepas mengambil inspirasi daripada pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, yang melepasi angka 900 gol sepanjang karier.
UNL: England terpaksa gugurkan Palmer, Watkins, Foden
England mengesahkan bahawa penyerang Chelsea, Cole Palmer, digugurkan daripada skuad The Three Lions itu menjelang aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) minggu depan.
Mason Greenwood sedia beralih status kewarganegaraan dari England ke Jamaica
Mason Greenwood bersedia untuk menukar status kenegaraannya dari England ke Jamaica.
Roma sack head coach Juric with Mancini lined up as replacement
Roma sack head coach Ivan Juric
Clement wants ruthless Rangers after nervy win over Hearts
Clement wants more ruthless Rangers
No disappointment for 'proud' Scotland coach Townsend
Townsend 'proud' of Scotland effort
Simeone hails Atleti's dirty work after Mallorca win
Simeone hails Atleti's dirty work
Getafe 0-1 Girona: Herrera header seals back-to-back wins
Report: Getafe 0-1 Girona
Arteta: Arsenal let their standards drop in Chelsea draw
Arteta 'can't accept' low standards
Maresca: 'Brave' Chelsea had to send a message against Arsenal
Chelsea 'had to send a message'
Van Nistelrooy praises Man Utd fight after signing off with win
Van Nistelrooy praises United fight
Chelsea 1-1 Arsenal: Gunners' winless run continues at Stamford Bridge
Report: Chelsea 1-1 Arsenal
Campbell gives Sheffield United victory in Steel City derby, Rodriguez strikes late for Burnley
United win Steel City derby