Pep Guardiola menolak dakwaan dia telah memutuskan untuk mengambil alih jawatan sebagai pengurus baru England yang seterusnya.

Jurulatih berusia 53 tahun itu menjadi pilihan utama susulan kejayaannya memacu kelab besar Manchester City, Bayern Munich dan Barcelona sebelum ini.

Dia telah memenangi enam trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Manchester City selain tiga kejuaraan liga bersama Bayern dan Barcelona.




Malah, Guardiola turut telah merangkul trofi Liga Juara-Juara (UCL) sebanyak tiga kali dan piala domestik sebanyak 10 kali sepanjang menjadi pengurus.

Ketika ditanya mengenai kerusi panas selaku pengurus The Three Lions, dia menjelaskan: "Ia tidak benar. Saya pengurus Manchester City," katanya kepada Tempo Che Fa.

"Saya tidak memutuskan apa-apa, semua boleh berlaku. Jadi saya tidak tahu.





"Mari bersama-sama lihat masa depan saya. Saya masih perlu memikirkan dan memutuskan apa yang saya mahu lakukan." ujarnya lagi.