Penyerang Bayern Munich, Harry Kane, mahu melunaskan kemuncaknya ketika bakal melakukan penampilannya yang ke-100 selepas mengambil inspirasi daripada pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, yang melepasi angka 900 gol sepanjang karier.

Bekas pemain Tottenham Hotspur itu juga menjadi pemain ke-10 yang akan merekodkan permainan terbanyak buat pasukan England dalam perlawanan Liga Negara-Negara, malam ini.

Dalam masa sama, pemain berusia 31 tahun itu turut menerima anugerah topi emas yang menjadikannya pemain pertama diberi penghargaan tersebut selepas Wayne Rooney pada 2014.



Sepanjang penglibatannya bersama The Three Lions, Kane sudah mencetak sebanyak 66 gol selain terus bernafsu merobek jaringan pasukan lawan apabila melihat contoh terbaik daripada Ronaldo yang sudah menjangkaui usia 39 tahun, namun sudah mencecah 900 gol setakat ini.


"Dia (Ronaldo) yang kini berumur 39 tahun memberi sumber inspirasi kepada saya untuk bermain selama mungkin.

"Secara peribadi, saya mahu meningkatkan prestasi sambil konsisten dengan persembahan saya ketika mewakili negara dan kelab.

"Saya mahukan lebih dan dahagakan banyak jaringan," katanya.