James Maddison teruja berkesempatan untuk membuktikan kepada Gareth Southgate mengenai kemampuannya menyarung jersi England sambil menegaskan dia kini sudah cukup matang untuk akur sekiranya tidak diturunkan.

Perancang Tottenham itu berharap untuk merebut tempat dalam skuad Euro 2024 kendalian Southgate apabila diumumkan pada Mei depan setelah mencuri perhatian ketika seri 2-2 dengan Belgium, semalam.

Selepas tewas kepada Brazil, Maddison tampil untuk menyamakan kedudukan dan Jude Bellingham menyumbat gol penyamaan menentang The Red Devils.

Ia merupakan penampilan keenam Maddison bersama England, namun dia tidak pernah melengkapkan 90 minit penuh untuk pasukan senior.

Ditanya sama ada dia gembira dapat memberi impak, bekas pemain Leicester itu berkata: “Ya, tetapi kami mempunyai 26 pemain yang mampu melakukannya.

“Ada persaingan yang sengit, terdapat banyak kualiti dalam skuad ini. Anda perlu memastikan sebaik dipanggil, anda sentiasa bersedia.



“Keyakinan saya tidak goyah dan saya memiliki kepercayaan untuk berupaya melaksanakannya, namun kami masih perlu buktikannya dan realisasikannya. Saya hanya mahukan peluang itu, saya mengidamkan masa permainan kerana saya tahu apa yang saya mampu lakukan.

“Saya tahu kualiti yang saya ada dan dimiliki dan itu mampu pastinya membantu pasukan ini.

“Saya tidak beraksi dalam perlawanan pertama lalu tetapi saya berharap dapat beraksi dalam perlawanan besar di Wembley.

“Saya dimasukkan ketika menentang Belgium dan memberi impak. Saya menunjukkan kepadaSouthgate) mengenai kemampuan saya dan saya hanya mahu mencapai lebih banyak perkara lagi.”