Chelsea menggambarkan keputusan untuk berpisah dengan Mauricio Pochettino adalah atas persetujuan bersama, tetapi pada akhirnya ketetapan itu dibuat oleh pihak atasan kelab setelah mengenal pasti tiga masalah utama.
Pochettino menamatkan musim ini dengan lima kemenangan berturut-turut, membawa Chelsea ke tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk memastikan kelayakan bola sepak Eropah bagi musim 2024/25.
Namun, walaupun The Blues menunjukkan tanda-tanda peningkatan yang jelas di atas padang dalam minggu-minggu akhir kempen, isu berbangkit di tempat lain telah menyebabkan berakhirnya rejim Pochettino di Stamford Bridge.
Bekas pengurus Tottenham Hotspur itu menandatangani kontrak selama dua tahun pada musim panas lalu tetapi hanya bertahan separuh daripada tempoh itu.
Chelsea kini kembali mencari ketua jurulatih baru, setelah memecat Thomas Tuchel, Graham Potter dan Pochettino – serta pelantikan sementara Bruno Saltor dan Frank Lampard sejak Clearlake Capital mengambil alih pada Mei 2022.
Difahamkan, Pochettino telah meninggalkan kelab selepas mengadakan tiga pertemuan berasingan dengan pembuat keputusan penting di Chelsea.
Pertama, pengendali dari Argentina itu bertemu dengan pemilik bersama Todd Boehly pada Jumaat untuk makan malam sebelum perlawanan terakhirnya yang menyaksikan Chelsea mengalahkan Bournemouth 2-1 pada Ahad.
Dia kemudian bertemu dengan Pengarah Sukan Laurence Stewart dan Paul Winstanley serta pemilik bersama, Behdad Eghbali pada Isnin dan Selasa.
Dalam pertemuan tersebut, perbezaan antara kedua-dua pihak menjadi jelas dan keputusan diambil untuk menamatkan hubungan tersebut.
Walaupun Boehly difahamkan bersedia untuk mengekalkan Pochettino, The Guardian melaporkan bahawa beberapa pihak dalam hierarki Chelsea mempunyai kebimbangan mengenai gaya latihan Pochettino yang dianggap "ketinggalan zaman" dan taktiknya semasa perlawanan.
Pochettino diketahui lebih suka pendekatan keras dalam membina kecergasan semasa latihan yang boleh menyebabkan pemain keletihan dan menyumbang kepada kecederaan.
Masalah utama lain adalah keinginan Pochettino untuk mempunyai lebih banyak pengaruh dalam pemindahan pemain. Pengurus berusia 52 tahun itu telah diberikan £1 bilion (RM5.9 bilion) untuk membeli pemain, tetapi pendekatan yang tidak teratur itu menjadi titik kekecewaan.
Akhirnya, Chelsea memutuskan mereka lebih suka memendekkan tempoh Pochettino daripada memberikannya sebarang kata putus dalam urusan perpindahan pemain.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Chelsea pada Selasa, Pochettino berkata: “Terima kasih kepada kumpulan pemilik Chelsea dan pengarah sukan atas peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah kelab bola sepak ini.
Kelab ini kini berada dalam posisi yang baik untuk terus maju dalam Liga Perdana dan Eropah pada tahun-tahun akan datang. - Sinar Harian
Stadium Astro
Thu May 23 2024
Ultimate Liga Super Fantasy: Kanwar bawa pulang RM1000, juara minggu 1-8
Mohammad Khairul Anwar Bin Mohd Nazrin atau lebih dikenali sebagai Kanwar menjadi juara Ultimate Liga Super Fantasy 2024 sepanjang minggu pertama hingga kelapan secara keseluruhannya.
Juara 13 kali liga Greece sambar bekas bintang Manchester United
Anthony Martial, yang meninggalkan Manchester United pada Jun selepas sembilan tahun bersama The Red Devils menandatangani kontrak untuk AEK Athens sebagai ejen bebas, umum kelab Greece itu mengumumkan pada Jumaat.
Bekas pemain Arsenal, Jay Emmanuel-Thomas ditahan seludup ganja bernilai RM2.5 juta
Bekas pemain Arsenal, Jay Emmanuel-Thomas, ditahan oleh Agensi Jenayah Kebangsaan Amerika Syarikat (NCA) selepas didakwa terlibat dalam mengimport 60kg ganja anggaran bernilai RM2.5 Juta dan telah ditahan di kediamannya di Glasgow pada Rabu lepas.
UCL: David Raya muncul wira Arsenal
Penjaga gawang Arsenal, David Raya, memastikan pasukannya memperoleh satu mata susulan aksinya yang menyelamatkan gawang daripada asakan bertubi yang dirancang Atalanta termasuk sepakan penalti untuk terikat 0-0 Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Bola Sepak MSSM: Siaran Langsung (Live Streaming) Final Selangor lwn Johor
Strim aksi final bola sepak final bola sepak B-12 MSSM 2024 antara Selangor berdepan Johor pada jam 9:30 pagi menerusi Stadium Astro hari ini!
UCL: Monaco benam Barcelona di laman sendiri
Monaco kembali ke Liga Juara-Juara (UCL) dengan bergaya selepas menewaskan Barcelona 2-1, awal pagi tadi.
Pengadil tidak layangkan kad kuning demi dapatkan jersi Messi
LIONEL Messi ditawarkan peluang untuk bermain dalam final Copa America 2007 oleh seorang bekas pengadil sebagai pertukaran untuk jersi yang dipakainya.
Harimau Malaya kini ranking 132 dunia, lonjak dua anak tangga
Berdasarkan kemas kini terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Harimau Malaya kini berada di kedudukan ke-132 dunia dengan mengumpul 1117.64 mata secara keseluruhan.
ACL2: Selangor raih mata pertama ikat pasukan gergasi Thailand
Wakil tunggal negara, Selangor, memperoleh mata pertama dalam edisi perdana Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila mengikat pasukan gergasi Thailand, Muangthong United, di Stadium Rajamangala sebentar tadi.
Bola Sepak MSSM: Siaran langsung (live streaming) separuh akhir Pulau Pinang lawan Pahang
Saksikan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 di antara Pulau Pinang dan Pahang.
Tina Charles sets all-time WNBA rebounds record
Charles also recorded her 194th career double-double, also a WNBA record
Colorado Rapids v Toronto FC: Armas calls on hosts to heed 'wakeup call'
The Colorado Rapids are hoping to take a big step towards the MLS Cup playoffs when they host Toronto FC on Saturday.
Women's Champions League roundup: Real Madrid snatch first leg lead
Real Madrid take a slender first-leg advantage in their second-round qualifier against Sporting CP after Melanie Leupolz's late winner.
The Rugby Championship: Springboks target trophy in Santiago
South Africa can clinch the Rugby Championship title this week, while Australia face the All Blacks. Read on for our Opta-powered preview.
Brest 2-1 Sturm Graz: Hosts making winning start on European bow
Report: Brest 2-1 Sturm Graz
Atletico Madrid 2-1 RB Leipzig: Late Gimenez header hands hosts victory
Jose Maria Gimenez's late header gave Atletico Madrid a vital 2-1 victory over Leipzig in their Champions League opener.
Elanga hoping Forest can keep clinical edge against Brighton
Preview: Brighton v Forest
Atalanta 0-0 Arsenal: Raya wonder save earns Gunners a point
Arsenal produced a stubborn defensive display to earn a goalless draw at Atalanta in the Champions League on Thursday.
Monaco 2-1 Barcelona: Ilenikhena seals memorable Champions League win for hosts
Monaco eventually used their man advantage, earning a memorable 2-1 victory over Barcelona in their opening Champions League match.
Women's Super League predictions: Will Bompastor make winning start with Chelsea?
As the new Women's Super League season gets under way, who is the Opta supercomputer backing for matchday one success?