Muzaffar Musa
Wed Mar 29 2023
Son Heung-min berasakan prestasi hambarnya di atas padang telah menjadi antara punca pemergian Antonio Conte daripada Tottenham.
Conte meninggalkan Spurs hujung minggu lalu selepas seminggu yang penuh spekulasi mengenai masa depannya berikutan penurunan prestasi pasukan itu.
Spurs terikat 3-3 dengan Sothampton pada 18 Mac lalu -- di mana mereka sebelum itu mendahului 3-1 -- dan ia menjadi perlawanan terakhir Conte, yang membidas pemainnya dalam sidang media selepas perlawanan, sebagai pengurus pasukan itu.
Conte ketika itu turut mengkritik hierarki tertinggi kelab berkenaan tetapi dia kemudian dilaporkan telah memberikan penjelasan bahawa segala kritikannya ditujukan hanya untuk pemainnya.
Bagaimanapun, majikannya kelihatan sudah memutuskan untuk menamatkan jodoh Conte bersama mereka dan ia kemudian diumumkan bahawa pengurus itu sah meninggalkan Spurs secara persetujuan bersama.
Son, sewaktu menjalani tugasan antarabangsa bersama Korea Selatan, berkata dia tidak dapat menahan dirinya daripada rasa bersalah selepas mengalami penurunan prestasi ketara musim ini.
Ini selepas dia memenangi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dengan 23 gol tetapi hanya dapat mendaftarkan enam jaringan daripada 26 penampilan musim ini.
"Sebagai pemain, saya amat bersimpati kepadanya," kata Son kepada wartawan selepas Korea Selatan tewas 1-2 kepada Uruguay.
"Dia seorang pengurus berkelas dunia dan kami melalui satu perjalanan yang hebat bersama, saya amat berterima kasih kepadanya.
"Saya tahu bagaimana perasaan pemain terhadapnya tetapi saya bersimpati dengannya.
"Saya sepatutnya mempamerkan yang lebih baik tetapi saya tidak dapat melakukannya.
"Saya tidak dapat membantu pasukan ini dan saya rasa bertanggungjawab kerana jurulatih kami telah memikulnya dan meinggalkan kelab ini.
"Dia memiliki kemahiran dan pengalaman sebagai jurulatih. Saya pasti dia akan memperoleh kejayaan yang besar pada masa akan datang," katanya.
Darwin Nunez padam gambar Liverpool di Instagram?
Perbincangan mengenai Darwin Nunez yang berpotensi meninggalkan Liverpool musim panas ini berterusan apabila penyerang itu sudah memberikan petanda apabila memadam yang berkait dengan Liverpool di Instagram.
Isu sukan negara bagai sudah jatuh ditimpa tangga, antah patah lesung hilang. Jatuh bangun, kami sentiasa bersama anda
Isu sukan negara kini ibarat kesedihan secara berturut turut. Kekalahan skuad Badminton Malaysia dalam Piala Thomas 2024, di tambah pula lagi dengan isu jenayah yang berlaku kepada Pemain Kebangsaan Negara.
Simbah asid: ASEAN bersolidariti sokong Faisal Halim, Akhyar Rashid
Media-media ASEAN ketika ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap dua pemain kebangsaam, Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Hukuman tegas terhadap pengendali media sosial sukan cetus kebencian -- ASFC
Anak Selangor Fan Club (ASFC) antara kelab penyokong Selangor FC, mahu pihak berwajib memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap pentadbir akaun media sosial sukan yang menyalakan kebencian dalam kalangan pemain ke-12 di negara ini.
Erik ten Hag semakin 'hampir' selesaikan pertengkaran dengan Jadon Sancho
Jadon Sancho semakin hampir untuk menyelesaikan 'konfliknya' dengan Erik ten Hag selepas pegawai Manchester United mengadakan perbincangan secara bersemuka semasa tempoh pinjamannya di Borussia Dortmund.
Faisal Halim melecur tahap dua, bagaimanakah keadaannya?
Umum mengetahui insiden melibatkan Faisal Halim pada Ahad, mendapat reaksi pelbagai pihak di seluruh Malaysia malahan senatero dunia.
Kecederaan paksa Harry Maguire ucap selamat tinggal kepada baki musim 2024-2025
Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire, mengalami kecederaan otot yang akan menyaksikan dia terlepas baki saingan musim Liga Perdana Inggeris.
Berita insiden serangan Akhyar Rashid, Faisal Halim negara dapat perhatian media Korea
Perkhabaran insiden serangan terhadap pemain skuad Harimau Malaya mendapatkan perhatian daripada media sukan Republik Korea, Best Eleven.
Penang FC nyatakan solidariti terhadap Akhyar, Faisal
Pengerusi Lembaga Penang FC, Daniel Gooi kecewa insiden menimpa dua pemain skuad bola sepak negara, Muhammad Akhyar Rashid pada 3 Mei lalu dan terbaharu Faisal Halim pemain kelahiran Pulau Pinang pada Ahad.
Terkini: Sultan Selangor kecam sekeras-kerasnya insiden serangan ke atas Faisal Halim
Penaung Selangor FC, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dalam kenyataannya meluahkan kebimbangan terhadap insiden berunsur keganasan membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim.
Norris celebrates first-ever Formula 1 win in Miami Grand Prix
Norris wins Miami Grand Prix
Mitchell, Cavaliers storm back to beat Magic in Game 7 and reach East semi-finals
Cavs beat Magic to reach East semis
Postecoglou: Spurs have a confidence problem to overcome
Postecoglou reflects on Spurs' loss
Roma 1-1 Juventus: Juve miss chance to close gap to second after draw with Roma
Report: Roma 1-1 Juventus
Chelsea 8-0 Bristol City: Blues rout hands Hayes perfect home send off
Report: Chelsea 8-0 Bristol City
Rublev claws back to down Auger-Aliassime in Madrid Open final
Rublev wins Madrid Open
Knight Riders dispatch Super Giants to move top of IPL
KKR move top of IPL
Klopp hails 'special' Anfield following Tottenham win
Klopp: Anfield was a special place
Ten Hag hopeful of Man Utd signings despite 'very good' basis to squad
Preview: Crystal Palace v Man Utd
Milan 3-3 Genoa: Thiaw own goal denies Rossoneri in six-goal thriller
Report: Milan 3-3 Genoa