Pengerusi Lembaga Penang FC, Daniel Gooi kecewa insiden menimpa dua pemain skuad bola sepak negara, Muhammad Akhyar Rashid pada 3 Mei lalu dan terbaharu Faisal Halim pemain kelahiran Pulau Pinang pada Ahad.
"Saya mengecam sekeras-kerasnya ke atas tindakan yang melampau ini ke atas pemain-pemain bola sepak profesional, khasnya mereka yang menjadi mangsa serangan adalah pemain kebangsaan yang menyarung jersi Harimau Malaya.
"Pulau Pinang menyatakan solidariti bersama pemain-pemain ini dan diharapkan mereka dapat menerima rawatan yang sewajarnya dan akan pulih sembuh dalam masa terdekat.
"Adalah diharapkan polis dapat mengambil tindakan segera dalam penyiasatan kes-kes ini dan turut memastikan keselamatan pemain bola sepak profesional turut terjamin," katanya yang juga Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Faisal yang juga pemain Selangor FC dilaporkan telah disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Damansara pada Ahad.
Dalam gambar yang tular di media sosial, bekas pemain Terengganu FC itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat kejadian berkenaan.
Dia juga dilaporkan telah dibawa ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.
Pada Khamis lalu, Akhyar disamun pada di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.
Akhyar mengalami kerugian lebih RM4,800 selain dipukul menggunakan senjata besi boleh laras.
Pemain yang pernah menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima enam jahitan iaitu empat jahitan pada bahagian atas kepala dan dua jahitan di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di media sosialnya juga mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet.
"No violence in sports! Saya meminta @PDRMsia untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku," katanya.-Sinar
Ammar Hakim
Sun May 05 2024
Selangor tubuh pasukan keselamatan, setiap pemain punya pengawal sendiri
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon, mempercayai inisiatif yang diambil pihak kepimpinan tertinggi untuk meningkatkan kawalan keselamatan pasukan dapat membantu membina keyakinan pemain untuk terus beraksi dengan cemerlang di atas padang.
Faisal Halim dijangka pulih lebih cepat
Masih terlalu awal untuk menakrifkan pemain bola kebangsaan, Faisal Halim yang sebelum ini dilaporkan kritikal akibat disimbah asid sebagai pulih berikutan masih dalam pemantauan dan perhatian rapi pihak perubatan.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan ASEAN Cup 2024 nanti.
Tan Cheng Hoe, Police Tero tersungkur ke divisyen dua Liga Thailand
Bekas jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe tidak dapat menyelamatkan Police Tero daripada tersingkir ke saingan Thai League 2 musim hadapan. Ini selepas pasukan itu hanya mengutip 28 mata daripada 29 perlawanan meskipun berjaya mengalahkan Bangkok United 3-0 kelmarin. Dengan Sukhotai memiliki 32 mata daripada 28 perlawanan, sukar buat The Silver
JDT sentiasa 'protagonis'-- Bidoglio akur perlu biasakan diri hadapi tembok bertahan lawan
Johor Darul Ta'zim (JDT) sentiasa 'protagonis', kata ketua jurulatih pasukan itu, Hector Bidoglio, yang akur pasukannya perlu membiasakan diri dengan corak bertahan lawan selepas menewaskan Negeri Sembilan 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) petang tadi.
Liga Super: JDT jadikan Negeri Sembilan mangsa pertama
Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadikan Negeri Sembilan sebagai mangsa pertama mereka musim ini apabila meraih kemenangan 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri sebentar tadi.
Liga Super: Penyokong Selangor sudah mula palu gendang di Petaling Jaya
Menjelang aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman di Stadium Petaling Jaya malam ini, penyokong Selangor dilaporkan sudah membanjiri venue perlawanan itu.
Negeri Sembilan bernasib baik, JDT belum tampil aksi terbaik, kata bekas pemain negara
Bekas pemain bola sepak tempatan, Shahrom Kalam, melihat Negeri Sembilan bernasib baik tidak dibolosi lebih banyak jaringan dalam separuh masa pertama ketika bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT).
KBS tingkat tahap keselamatan atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meningkatkan tahap keselamatan atlet terutama nama-nama besar dalam negara susulan serangan yang mencederakan dua pemain bola sepak kebangsaan sebelum ini.
Separuh masa Liga Super: Negeri Sembilan berhasil robek gawang JDT di SSI
Negeri sembilan berhasil merobek gawang JDT dalam aksi pertama Harimau Selatan musim ini biarpun ketinggalan 1-2 menjelang separuh masa perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri ketika ini.
NBA: Washington's late free throws send Mavericks to Western Conference finals
Mavericks reach Western finals
Guardiola: Foden can still get better after Player of the Year award
Phil Foden won the Premier League Player of the Year award on Saturday, but Pep Guardiola thinks there is still room for improvement.
PGA Championship: Lowry in contention with record-equalling round
Lowry plays historic third round
Guardiola: Other clubs have a chance to win the title against Man City
Pep: Other teams have chance in PL
Torino 3-1 Milan: Lacklustre Rossoneri stunned by Il Toro
Report: Torino 3-1 Milan
Hayes: This WSL title is the sweetest for Chelsea
Hayes: sweetest Chelsea title
IPL: RCB hold nerve to beat CSK to playoffs
IPL: RCB into play-offs
Piastri remaining optimistic despite grid penalty at Emilia Romagna Grand Prix
Piastri receives grid penalty
Emery admits 'I have my dreams' with Villa after sealing Champions League qualification
Emery: 'I have my dreams'
Leverkusen have no time to soak in 'Neverlusen' season - Alonso
Alonso: no time to soak in season