Pep Guardiola menegaskan bahawa dia masih mahu berada di Manchester City di sebalik keadaan yang kian mendesak dan dia akan melakukan segala-galanya untuk mengubah nasib pasukan itu.
City diikat 1-1 oleh Everton pada Hari Boxing, yang menyaksikan mereka melewati lima perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan dalam semua pertandingan.
Mereka hanya memenangi satu daripada 13 perlawanan terakhir sejak penghujung Oktober lalu, di mana mereka menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal bulan ini.
City juga hanya memenangi satu daripada sembilan perlawanan terakhir dalam saingan liga, seri dua kali dan kalah enam kali selepas memenangi 16 daripada 18 perlawanan sebelumnya.
Penyandang juara EPL itu juga telah dibolosi 26 gol dalam semua pertandingan sejak awal bulan lalu dan antara semua pasukan daripada lima liga teratas Eropah, hanya Heidenheim, yang sedang bergelut di zon penyingkiran Bundesliga, dibolosi rekod lebih banyak (28).
Guardiola menandatangani kontrak baru untuk mengekalkannya di Stadium Etihad di tengah-tengah kemelut City, walaupun ketidaktentuan yang sedang menghantui masa depan kelab itu sejak mereka didakwa dengan 115 pelanggaran peraturan kewangan EPL.
"Saya akan cuba, saya akan teruskan,” kata Guardiola dalam sidang media praperlawanan menjelang kunjungan ke laman Leicester City malam ini.
"Saya tidak akan berputus asa. Saya mahu berada di sini. Saya mahu melakukannya dan dengan situasi yang kami ada, kami perlu melakukannya. Sudah tentu saya mahukannya, semua orang mahukannya.
"Saya tidak mahu mengecewakan rakan-rakan saya kelab ini, penyokong dan mereka yang sayangkan kelab ini.
"Saya fikir kami semua ada peranan tersendiri dan mahu melakukannya dengan baik untuk menggembirakan mereka. Itu tidak dapat dinafikan, bukan persoalannya.
"Ujian terbesar adalah untuk kembali bangkit tetapi kami telah melakukannya sebelum ini."
Muzaffar Musa
Sun Dec 29 2024
Liga A1: Kelantan Red Warrior tidak wajar raih 'slot automatik'
Pasukan yang beraksi dalam saingan Liga A2 Amatur, AAK Ultimate, tampil menyatakan ibarat tidak adil sekiranya Kelantan Red Warrior (KRW) dapat menyertai liga tertinggi AFL secara automatik pada musim hadapan.
Pemain, staf alami tunggakan gaji wajar kemuka laporan kepada AFL
Pasukan Liga A1 Semi Pro, Kuala Lumpur (KL) Rovers, kian dibelenggu masalah tunggakan gaji selama tujuh bulan yang belum menemui jalan penyelasaian.
(VIDEO) Lintangan Dion Cools pastikan Buriram United kekal ungguli Thai League 1
Kapten Harimau Malaya, Dion Cools, memainkan peranan penting ketika pasukannya, Buriram United, menewaskan satu lagi pasukan gergasi Thailand, BG Pathum, 2-0 dalam perlawanan Thai League 1 di Stadium Leo, Pathum Thani, malam tadi.
EPL: Pep Guardiola pahat sejarah di Manchester City
Pep Guardiola kini bergelar pengurus Manchester City dengan 500 perlawanan bersama kelab itu.
EPL: Manchester City kembali ke landasan kemenangan
Savinho dan Erling Haaland menemui sasaran ketika Manchester City kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Leicester City 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power lewat malam tadi.
EPL: Liverpool kian unggul di persada
Liverpool melebarkan penguasaan di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada lapan mata apabila membelasah West Ham 5-0 di Stadium London awal pagi tadi.
Piala AMEC: Vietnam mara bergaya ke final singkir Singapura
Vietnam mara ke final Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) buat kali kelima sepanjang sejarah penyertaan mereka apabila menewaskan Singapura 3-1 di Stadium Phu Tho malam tadi.
'Sampai bila Kedah nak berhutang, pemain ada anak bini nak tanggung'
Pemain bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) didakwa tidak menerima gaji selama sembilan bulan walaupun beberapa hari lagi tahun 2024 akan melabuh tirai.
'Ini kali pertama dalam karier tidak terima gaji tujuh bulan'
Pertahanan berpengalaman Kuala Lumpur (KL) Rovers, Mohd Amer Saidin, berpandangan situasi yang dihadapi pasukannya ketika ini adalah detik paling sukar sepanjang karier bolasepak profesionalnya.
Piala Cabaran: PDRM laung pertahan gelaran meski laluan berliku
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PDRM, ASP Hafiz Zainal Abidin, mengakui laluan berliku menanti pasukannya dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Cabaran 2024/25.
Manchester United 0-2 Newcastle United: High-flying Magpies heap more misery on Amorim
Report: Man Utd 0-2 Newcastle
Ipswich Town 2-0 Chelsea: Delap inspires stunning first home win for McKenna's side
Report: Ipswich 2-0 Chelsea
Barcelona lose second appeal to register Olmo ahead of LaLiga deadline
Barca lose second Olmo appeal
'Good luck!' - Frank laughs off Mbeumo transfer speculation
Frank confident of Mbeumo stay
Slot has 'rejuvenated' Liverpool attackers with position changes, says Carragher
Slot has 'rejuvenated' attackers
Maupay takes social media swipe at Everton after Forest defeat
Maupay takes swipe at Everton
Union Berlin hire Baumgart as head coach after sacking Svensson
Union Berlin hire Baumgart as coach
Neil named new Millwall manager after Harris departure
Millwall appoint Neil as new boss
De Bruyne yet to open contract talks with Man City
De Bruyne yet to start City talks
Serie A and Coppa Italia winner Rui has contract terminated at Napoli
Napoli terminates Rui contract