Shaiful Shamsudin
Wed Aug 28 2024
Enzo Maresca mendedahkan matlamat utama Chelsea adalah untuk menjual pemain tatkala jendela perpindahan menghampiri penghujungnya.
The Blues telah mengikat 12 pemain dan merupakan berbelanja paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.
Chelsea kini mempunyai lebih 40 pemain dalam skuad mereka dengan pemain antarabangsa England, Raheem Sterling dan Ben Chilwell, antara kumpulan 15 pemain yang diarah berlatih di luar pasukan utama.
"Sasarannya adalah untuk menyelesaikan masalah ekonomi daripada segi penjualan pemain," kata Maresca kepada laman sesawang kelab.
“Dari situ, kami cuba melakukan yang terbaik dan lihat hasilnya.
"Bagi kami, sasaran pada masa ini adalah untuk meningkatkan persembahan pemain. Tiada seorang pun daripada pengurusan kelab yang meminta saya agar menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) atau bersaing untuk tempat Liga Juara-Juara (UCL).
"Saya mahu melihat pasukan saya bermain seperti yang kita mahu bermain dan bersaing setiap perlawanan. Saya mahu melihat idea permainan yang jelas tentang apa yang mereka mahu sementara apabila kehilangan bola, menjadi pasukan yang sangat agresif.
"Perkara yang paling penting ialah menjadi lebih baik perlawanan demi perlawanan."
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi.
EPL: Enzo Maresca kecewa pertahanan Manchester United tidak dilayang kad merah
Enzo Maresca percaya bahawa Lisandro Martinez wajar dibuang padang susulan kekasarannya terhadap Cole Palmer semasa Chelsea terikat 1-1 berdepan Manchester United di Old Trafford, malam tadi.
EPL: Chelsea nafi kemenangan sulung Van Nistelrooy kemudi Manchester United
Moises Caicedo menafikan kemenangan sulung Ruud Van Nistelrooy selaku pengendali sementara Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas jaringan pemain tengah itu memastikan Chelsea mengikat pasukan tuan rumah di Old Trafford, malam tadi.
Piala EFL: Isak wira Newcastle singkir Chelsea
Newcastle United mara ke suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) apabila menumbangkan Chelsea 2-0 di St James Park awal pagi tadi.
EPL: "Cole Palmer penyebab penyokong beli tiket tonton aksi Chelsea"
Enzo Maresca menjelaskan persembahan yang dipamerkan Cole Palmer menewaskan Newcastle United adalah sebab 'penyokong membayar untuk menonton' selepas The Blues kembali ke kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).
EPL: Gol Jones kembalikan Liverpool ke puncak atasi Chelsea
Liverpool kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila jaringan Curtis Jones memastikan kemenangan 2-1 The Reds ke atas Chelsea dalam aksi cukup menghiburkan di Anfield awal pagi tadi.
EPL: Chelsea sepatutnya menang lawan Forest, kata Maresca
Enzo Maresca menegaskan bahawa Chelsea sepatutnya menang dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest di laman sendiri malam tadi walaupun mereka terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menyamakan kedudukan 1-1.
EPL: Bintang Chelsea, Palmer lakar sejarah baru ketika ledak empat gol
Cole Palmer menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris untuk menjaringkan empat gol dalam separuh masa pertama, ketika Chelsea mengatasi Brighton 4-2 di Stamford Bridge.
Piala EFL: Nkunku cipta hatrik dalam pesta gol Chelsea
Christopher Nkunku menjaringkan hatrik ketika Chelsea mara ke pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan pendahulu League Two, Barrow, 5-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi.
EPL: Dua gol Nicolas Jackson bawa Chelsea ke kelompok atasan
Chelsea mempamerkan aksi meyakinkan untuk memanfaatkan prestasi hambar West Ham ketika meraih kemenangan 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London sebentar tadi.
Salt century gives England winning start to West Indies T20 series
Salt century inspires England
NBA stars Durant, Morant, Williamson to miss time with injuries
Durant, Morant, Williamson injured
Motta salutes 'solid and concrete' Juventus after derby victory over Torino
Motta salutes 'solid' Juventus
Slot believes Liverpool have 'many challenges to come' in Premier League title race
Liverpool have 'tough season' ahead
FC Cincinnati 0-0 New York City FC (5-6 on pens): Ilenic sets up Hudson River derby
Cincinnati 0-0 NYCFC (5-6 pens)
Emery demands improvement from Aston Villa
Villa 'need to improve' – Emery
Angers 2-4 Paris Saint-Germain: Lee and Barcola bag braces as Enrique's side restore six-point lead
Report: Angers 2-4 PSG
WTA Finals: Gauff never gave up hope in topsy turvy showpiece
Gauff: I never gave up
Juventus 2-0 Torino: Weah and Yildiz lift Bianconeri to third after Derby della Mole victory
Report: Juventus 2-0 Torino
Liverpool 2-0 Aston Villa: Salah stars as Premier League leaders move five points clear
Report: Liverpool 2-0 Aston Villa