CHELSEA 8 NOAH 0
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Enzo Maresca itu merupakan satu daripada enam pasukan dengan rekod kemenangan sempurna sepanjang tiga perlawanan setakat ini tetapi mereka kini menduduki tangga teratas hasil perbezaan jaringan yang besar dengan pasukan lain selepas keraian di laman sendiri itu.
Tosin Adarabioyo menanduk masuk gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-12 sebelum Marc Guiu memanfaatkan kesilapan hantaran Goncalo Silva untuk menggandakan kelebihan itu hanya berselang 84 saat.
Chelsea memperoleh jaringan ketiga hasil sepakan penjuru yang disudahkan Axel Disasi pada minit ke-18 sebelum satu lagi kesilapan pertanahan Noah dieksploitasi Joao Felix.
Mykhailo Mudryk kemudian menambah pendahuluan bergaya Chelsea dengan penyudah lencong yang tepat menuju ke penjuru atas sebelum Felix memperoleh gol kedua peribadinya menjelang ke bilik persalinan.
Christopher Nkunku menjaringkan dua gol dalam separuh masa kedua untuk melengkapkan kemenangan gemilang The Blues.
Muzaffar Musa
Fri Nov 08 2024
Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya saksi usaha murni KPM
Padang Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya menjadi saksi kepada usaha murni Kementerian Pendidikan Malaysia melalui perlawanan persahabatan bola sepak.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima daripada 20 pasukan Zon Timur.
Piala Malaysia: Kekal format libatkan 16 pasukan
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan bahawa format bagi saingan Piala Malaysia 2024-25 kekal dengan penglibatan 16 kelab yang akan membawa cabaran bermula dengan aksi pusingan 16.
Sudah tiada apa untuk dikejarkan Arif Aiman dalam negara -- legenda bola sepak
Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail, percaya bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, akan terus membuktikan kualiti dimilikinya walaupun telah tampil menyerlah dalam saingan domestik dan Asia ketika ini.
Papar tifo 'Bebaskan Palestin', Menteri Perancis kritik penyokong PSG
Menteri Dalam Negeri Perancis, Bruno Retailleau, mengkritik penyokong Paris Saint-Germain (PSG) atas keberanian mereka mempamerkan tifo gergasi "Bebaskan Palestin" sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atletico Madrid di Parc des Princes awal pagi semalam.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi.
UEL: Manchester United 'pecah telur', Amad pamer aksi memukau
Amad Diallo menjaringkan dua gol untuk Manchester United akhirnya menemui kemenangan pertama dalam Liga Europa (UEL) musim ini dengan menewaskan PAOK 2-0 di old Trafford awal pagi tadi.
ACL2: Muangthong United berpesta jaringan ke atas Cebu
Muangthong United memberikan amaran bahawa mereka masih lagi mampu menjadi pesaing terbaik dalam saingan Kumpulan H, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila membelasah wakil Filipina, Cebu, 9-2 di Stadium memorial Rizal malam tadi.
ACL2: Persib Bandung bangkit luar biasa atasi Lion City Sailors
Persib Bandung meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila menewaskan kelab Singapura, Lion City Sailors, 3-2 di Stadium Jalan Besar malam tadi.
ACL2: Jeonbuk balas dendam benam Selangor di Jeonju
Jeonbuk Hyundai Motor memanfaatkan beraksi di laman sendiri selepas menewaskan Selangor 1-0 dalam perlawanan keempat Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Piala Dunia Jeonju, sebentar tadi.
ATP Finals: Will Djokovic's drop out pave the way for another Sinner-Alcaraz tussle?
ATP Finals preview
Al-Hilal 3-1 Al-Ettifaq: Champions return to the summit with dominant win
Report: Al-Hilal 3-1 Al-Ettifaq
'Composure' and 'focus' key to beating new look Bochum, says Alonso
Alonso: We must be focused
Motta expects Juventus to be at '200%' for Turin derby
Motta: Juve ready for derby
Omoridion receives maiden Spain call-up
Samu called up for Spain
Ancelotti demands Real Madrid response after 'difficult' Milan defeat
Ancelotti: We must respond
De Jong returns to Netherlands squad, Depay and Ake out
De Jong named in Netherlands squad
Back-to-back wins have lifted injury-hit Dortmund spirits, says Sahin
Sahin: Mood has improved at BVB
Inter Miami 'have the advantage', says Martino ahead of playoff decider
Inter Miami 'have the advantage'
Edu placed on gardening leave by Arsenal and replaced by Jason Ayto
Edu placed on gardening leave