ENGLAND 0 PORTUGAL 0

England gagal memanfaatkan sebarang peluang untuk terikat tanpa jaringan dengan Portugal dalam aksi pemanas badan di Stadium MK malam tadi.

Ia merupakan perlawanan ujian buat pasukan berkenaan sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia Wanita di Australia dan New Zealand hujung bulan ini.

Percubaan Georia Stanway terkena palang, tandukan Lucy Bronze hinggap di tiang dan percubaan pemain gantian, Alessia Russo, pula dihalang di atas garisan gol jelas menunjukkan deretan peluang yang disia-siakan pasukan juara Eropah itu.

Pasukan bimbingan Sarina Wiegman itu seterusnya akan bertandang ke Australia pada Rabu ini dan akan berdepan satu lagi aksi persahabatan tertutup menentang Kanada pada 14 Julai ini sebelum menyingkap tirai Piala Dunia dengan berdepan Haiti di Brisbane lapan hari kemudian.