Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Indonesia apabila menumbangkan gandingan tuan rumah, Dejan Ferdiansyah-Siti Fadia Silva Ramadhanti, di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kedua, pasangan suami-isteri itu mendominasi sejak pukulan pertama dan tidak pernah ketinggalan sebelum menamatkan set pembukaan dengan kemenangan 21-16.

Skrip hampir sama berlaku dalam set kedua untuk Soon Huat dan Shevon mudah meraih kemenangan 21-15 selepas keseluruhan bertarung selama 37.

Mereka seterusnya akan berdepan satu lagi beregu Indonesia, Marwan Faza- Aisyah Salsabila Putri Pranata, begi penentuan ke suku akhir esok.