Shaiful Shamsudin
Wed Mar 22 2023
Zlatan Ibrahimovic mengakui paling meminati edisi Piala Dunia anjuran Qatar hujung tahun lalu.
Dia menyatakan perkara itu dalam sidang akhbar Sweden malam tadi apabila memberikan penarafan 10/10 ke atas semua aspek dalam Piala Dunia, malah kagum dengan kadar jenayah yang rendah dan masalah dadah di negara itu.
Penyerang Milan berusia 41 tahun itu tidak mengambil bahagian dalam pusingan akhir Qatar 2022 berikutan kegagalan Sweden untuk layak.
Tetapi dia menjadi tetamu dalam perlawanan akhir apabila dilihat bergambar bersama bintang tenis Novak Djokovic ketika hadir menyaksikan final di antara Argentina menentang Perancis.
Ditanya mengenai tanggapannya tentang kejohanan dan negara itu secara keseluruhannya, Ibrahimovic berkata: "Ia hebat. Anjuran yang hebat. Saya berada di sana selama dua hari bersama keluarga."
Dia memberikan ringkasan penilaiannya terhadap segala pengalaman yang pernah dilaluinya di sana dengan berkata: "Organisasi: 10 markah. Pengalaman: 10 markah. Perlawanan: 10 markah. Orang ramai: 10 markah. Makanan: 10 markah. Perjalanan: 10 markah. Semuanya 10 markah."
Malah, apabila menyentuh mengenai kritikan berkenaan pencabulan hak asasi manusia, Ibrahimovic tetap berpegang kepada pendirian dengan memberikan markah penuh kepada negara itu.
"10 markah," katanya.
Dalam masa sama, pemain veteran Sweden itu membuka mata ramai pihak dengan berkata: "Qatar sebagai sebuah negara, saya fikir ia adalah sistem yang berfungsi. Adakah wujudnya dadah? Tidak. Ada jenayah berlaku? Tidak. Adakah terdapat jenayah di Sweden? Ya, sangat banyak. Dadah? Ya.
"Sistem Qatar berfungsi. Sistem Sweden? Ia berfungsi tetapi jika ia berfungsi 100 peratus, saya tidak pasti."
Zlatan Ibrahimovic main peranan di belakang tadbir
Pengurus AC Milan, Stefano Pioli, berharap pelantikan penasihat kanannya, Zlatan Ibrahimovic, baru-baru ini mampu menjadi pencetus buat pasukannya merapatkan jurang dengan dua kelab teratas Serie A menjelang kunjungan ke kelab tercorot, Salernitana.
‘Masanya telah tiba untuk ucapkan selamat tinggal’ -- Zlatan Ibrahimovic bersara pada usia 41 tahun
Zlatan Ibrahimovic telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 41 tahun.
Ibrahimovic: Conte hanya bersikap jujur, dedah realiti sebenar Spurs
Zlatan Ibrahimovic percaya Antonio Conte sedang dibayar oleh Tottenham untuk 'menjadi dirinya sendiri'.
Kelayakan Euro 2020: Tiga pembedahan lutut selamatkan karier Zlatan Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic mendedahkan bahawa dia memerlukan tiga pembedahan lutut untuk menyelamatkan kariernya di penghujung musim lalu tatkala penyerang Milan itu bakal kembali ke pentas antarabangsa bersama Sweden.
Zlatan Ibrahimovic beri markah sempurna penganjuran Piala Dunia di Qatar
Zlatan Ibrahimovic mengakui paling meminati edisi Piala Dunia anjuran Qatar hujung tahun lalu.
Ibrahimovic muncul penjaring tertua saingan Serie A
Zlatan Ibrahimovic menjadi penjaring tertua dalam sejarah Serie A apabila pemain berusia 41 tahun itu menjaringkan penalti dua kali dalam pertembungan Sabtu ketika bertemu Udinese.
Kelayakan Euro 2024: Ibrahimovic kembali perkuat Sweden pada usia 41 tahun
Zlatan Ibrahimovic akan kembali menjalani tugasan antarabangsa bersama Sweden apabila terpilih untuk memperkuatkan skuad itu bagi dua aksi kelayakan Euro 2024 menentang Belgium dan Azerbaijan hujung bulan ini.
Ibrahimovic optimis miliki peranan besar untuk Milan
Zlatan Ibrahimovic membandingkan dirinya dengan bintang bola keranjang, Nikola Jokic, selepas kembali pulih daripada kecederaan dalam kemenangan Milan ke atas Atalanta.
Ibrahimovic janjikan kebangkitan Milan
Zlatan Ibrahimovic telah menjanjikan 'perubahan nada' di Milan ketika dia hampir kembali beraksi.
Ibrahimovic: Sudah tercatat Messi akan menang Piala Dunia Qatar
Zlatan Ibrahimovic percaya ia sememangnya "sudah tertulis" bahawa Lionel Messi akan memenangi Piala Dunia bersama Argentina.
Dundee United 0-0 Celtic: League leaders draw first blank
Report: Dundee Utd 0-0 Celtic
LeBron lauds Lakers defence after sweeping Kings in two-game set
LeBron lauds Lakers defence
Root recalled for Champions Trophy and ODIs against India as injured Stokes misses out
Root in, Stokes out for England
Woods and son Charlie take share of PNC Championship lead after opening round
Woods and son lead PNC Championship
Leipzig suffer blow as Henrichs set for surgery on Achilles rupture
Henrichs faces surgery
Simeone points to substitutes after smash-and-grab win at Barcelona
Simeone hails Atletico super subs
Tatum earns Bird comparisons after 40-point triple-double inspires Celtics win
Tatum compared to Bird
'Usyk got a Christmas gift' – Fury feels 'robbed' after losing heavyweight title rematch
Usyk beats Fury in rematch
Barca's drop in form not normal, but Flick confident they will bounce back
Flick: Barcelona will bounce back
'Pogba has always been a champion' - De Zerbi addresses Marseille link with France midfielder
De Zerbi hails 'champion' Pogba