Bekas ketua pasukan Denmark, Simon Kjaer, secara rasminya mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak selepas sudah bergelar pemain selama 23 tahun sepanjang kariernya.

Empat tahun lalu, pemain berusia 25 tahun itu membawa Denmark sehingga ke peringkat separuh akhir Euro 2020 sebelum tewas 1-2 kepada finalis, England.

Simon Kjaer sudah melakukan 422 penampilan bersama kelab sejak mewakili Midtjylland dan mengakhiri perjalanannya di AC Milan termasuk sudah membuat 132 kaps bersama skuad kebangsaan Denmark.



Tragedi yang menimpa rakan sepasukannya, Christian Eriksen, sentiasa menjadi ingatan semua peminat bola sepak dan Simon Kjaer memainkan watak penting menyelamatkan nyawa pemain Manchester United itu.

Ketika itu, dia turut menggesa supaya pegawai perubatan segera masuk ke padang untuk memberikan rawatan selain mententeramkan isteri Eriksen di tepi padang.