Najmi Iman
Sat Dec 14 2024
Terengganu memperoleh kemenangan 2-0 di Stadium Paroi ketika bertemu Negeri Sembilan dalam aksi suku akhir pertama Unifi Piala Malaysia, sebentar tadi.
Skuad Peteh menurunkan kesebelasan terbaik berkunjung ke Paroi dalam misi membawa kelebihan dalam aksi pertama.
Kapten Terengganu, Safawi Rasid, menembusi gawang pada minit ke-20 selepas melakukan gerakan yang cukup kemas sebelum mengatasi penjaga gol, Aqil Razak.
Skuad Jang berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan sejurus perlawanan bersambung.
Bagaimanapun, corak permainan yang cukup ampuh yang diketuai oleh Shahrul Nizam berjaya menyelamatkan keadaan.
Nelson Bonilla menggandakan kedudukan 2-0 buat Terengganu pada minit ke-86 selepas memanfaatkan kad merah Negeri Sembilan akibat Aliyu Abubakar diperintah keluar padang.
Tambahan masa 5 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Sebagai rekod, Sang Rusa masih lagi belum mengutip sebarang kemenangan di laman sendiri sejak Mei lalu.
Aksi suku akhir kedua Piala Malaysia bakal berlangsung pada 21 Disember 2024 di Gong Badak.
Kongres FAM: Pengalaman luas bukan jaminan pertahan jawatan -- Yusoff Mahadi
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menganggap pengalaman luasnya dalam badan induk itu bukan jaminan untuk mempertahankan jawatannya menjelang Kongres Pemilihan FAM bulan depan.
Kongres FAM: Kalau saya bertanding, bukan untuk jawatan Presiden -- Shahril Mokhtar
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, sedia menabur bakti jika majoriti ahli gabungan mahukan perubahan berlaku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Piala Super Itali: Dumfries bawa Inter Milan ke final
Perlawanan yang berlangsung di Al-Awwal Park di antara Inter Milan dan Atalanta bagi aksi separuh akhir Piala Super Itali memberikan Inter magis berbeza.
EPL: Chelsea tidak mampu cabar kejuaraan -- Colwill
Chelsea tidak boleh menganggap diri mereka sebagai pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan prestasi buruk pada akhir bulan lalu, kata Levi Colwill.
LaLiga: Carlo Ancelotti optimis misi Real Madrid buru kejuaraan semakin hampir
Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti, menjelaskan dia tidak percaya bakal ada pemenang LaLiga seperti musim lalu yang memenanggi saingan liga dengan kelebihan 10 mata seperti yang dilakukan oleh pasukannya musim lalu.
EPL: Bernardo Silva akui Manchester City sudah boleh kibar 'bendera putih'
Tonggak utama Manchester City, Bernardo Silva, percaya pasukannya benar-benar sudah 'terkeluar daripada perlumbaan' mempertahan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Revolusi Harimau Malaya: Untung nasib pemain tempatan
Dimensi baru skuad bola sepak negara menerusi revolusi Harimau Malaya mencetuskan persoalan mengenai untung nasib pemain tempatan yang perlu berjuang untuk merebut tempat dalam pasukan kebangsaan.
Dua legenda bola sepak negara bertanding jawatan dalam FAM?
Dua legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan, dilaporkan akan bertanding jawatan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang kongres badan induk itu bulan depan.
Revolusi Harimau Malaya mampu cetus kebangkitan bola sepak negara -- Paulo Josue
Tonggak serangan skuad kebangsaan, Paulo Josue, percaya revolusi yang sedang dilakukan Harimau Malaya mampu menjadi pencetus kepada kebangkitan bola sepak negara menerusi sentuhan individu hebat dari pengurusan tertinggi sehinggalah ke barisan kejurulatihan.
ACC Shopee Cup: KL City tempang bertemu Lion City Sailors, tonggak utama dibelenggu kecederaan
Meskipun menerima rehat hampir tiga minggu sejak perlawanan suku akhir Unifi Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) tempoh hari, Kuala Lumpur City masih dihantui beberapa siri kecederaan pemain menjelang kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee, Khamis depan.
Neville unsure how Amorim sets Man Utd up for daunting Liverpool clash
Neville concerned for Man Utd
Curry revels in historic performance: 'I got into a great rhythm'
Curry on historic Warriors display
Hoffenheim sign Orban from cash-strapped Lyon
Hoffenheim sign Orban
Muchova and Machac send Czechia into United Cup semis
Czechia into last four
Sabalenka cruises into Brisbane semi-finals
Sabalenka one win away from final
Ancelotti will 'wait and see' whether Madrid can sign Alexander-Arnold in January
Ancelotti on potential Trent move
Bumrah strikes back after Australia dismantle India on day one
Australia skittle out India
The Numbers Game: Rampant Liverpool out to start 2025 in style
Numbers Game: Liverpool v Man Utd
Leverkusen snap up exciting Argentina talent Sarco from Velez
Sarco joins Bayern Leverkusen
Frank cautious of Southampton threat ahead of Brentford trip
Frank cautious of Southampton