MONACO 2 BARCELONA 1

Monaco kembali ke Liga Juara-Juara (UCL) dengan bergaya selepas menewaskan Barcelona 2-1, awal pagi tadi.


Skuad kendalian Hansi Flick bermula dengan langkah kiri dalam perlawanan pertama UCL mereka selepas terpaksa bermain dengan 10 pemain susulan Eric Garcia dilayangkan kad merah apabila melakukan kekasaran terhadapa Takumi Minamino.

Peluang tuan rumah hadir enam minit kemudian menerusi Maghnes Akliouche yang melakukan sepakan deras untuk menewaskan Marc-Andre ter Stegen pada minit ke-16 perlawanan.




Begitupun, bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal menyamakan kedudukan pada minit ke-28 untuk mengikat kedudukan 1-1 dalam separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, pemain gentian Geoge Ilenikhena menjadi watak penting selepas menjaringkan gol kemenangan Monaco untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka dalam penampilan UCL pertama mereka dalam tempoh lima tahun.

Untuk rekod, Yamal menjadi penjaring kedua termua dalam sejarah UCL pada usia 17 tahun 68 hari selepas Ansu Fati (17 tahun 40 hari)