Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Syahmi Safari, dikhabarkan sedang menerima rawatan di Valencia, Sepanyol selepas mengalami kecederaan serius ketika beraksi dalam saingan Liga Super 2024/2025 berdepan Penang, sebelum ini.

Pemain yang memiliki 26 kaps bersama pasukan kebangsaan itu, terpaksa melupakan seketika dunia bola sepak bagi memberikan ruang buat menjalani tempoh pemulihannya.




Syahmi telah beraksi sebanyak 45 perlawanan bersama Harimau Selantan sejak berpindah dari Selangor pada dengan pemain berusia 26 tahun itu telah meledak lima gol dan lima bantuan jaringan.

Pemain kelahiran Kuala Selangor itu masuk menggantikan Jorge Obregon pada minit ke-76 sebelum terpaksa diusung keluar selepas dikasari pemain lawan.



Sebelum ini, Matthew Davies antara pemain yang turut menerima rawatan di Jerman selain Syamer Kutty Abba dan Muhammad Ramadhan Saifullah yang menjalani rawatan di Barcelona, Sepanyol.