REAL MADRID 4 ESPANYOL 1

Bermula daripada bangku simpanan tidak menghalang Vinicius Junior menjaringkan gol untuk membantu Real Madrid kembali bangkit dengan kemenangan 4-1 berdepan Espanyol di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Kesilapan Thibaut Courtois dengan jaringan sendiri menghukum pasukannya apabila secara tidak sengaja menepis hantaran lintang daripada Jofre masuk ke gawang sendiri pada minit ke-54.






Skuad kendalian Carlo Ancelotti menoktahkan jaringan selang empat minit kemudian selepas hantaran cantik Jude Bellingham dinoktahkan oleh Dani Carvajal untuk jaringan penyamaan Los Blancos.

Vinicius melakukan magis menerusi hantaran lintangnya kepada Rodrygo-yang menjaringkan gol dengan percubaan kali pertama pada minit ke-77- sebelum meletakkan nama sebagai penjaring tiga minit kemudian untuk pasukan tuan rumah selesa mendahului 3-1.





Kylian Mbappe menjaringkan gol keempat buat Real Madrid menerusi sepakan penalti selepas Endrick dikasari dalam minit kecederaan.

Real Madrid kekal di tempat kedua carta La Liga dengan 14 mata, hanya berbeza satu mata dengan pendahulu liga iaitu Barcelona.