Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V. Subramaniam, tidak menolak kemungkinan pemilihan jawatankuasa tertinggi menjadi motif utama siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), minggu lalu.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di jangka bakal berlaku pada pertengahan tahun depan dengan pertukaran exco baru menjadi agenda utama bagi penggal seterusnya.

Datuk V. Subramaniam percaya perkara berkenaan timbul atas faktor dia mula memikul tugas selaku pemangku badan induk tersebut usai Tan Sri Norza Zakaria melepaskan jawatan tertinggi itu, Ogos lalu.

Dia turut meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasu dan memberi ruang sepenuhnya kepada SPRM.



"Seperti sedia maklum, BAM sudah mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan SPRM semalam. Tiada yang berubah selain menunggu keputusan itu.

"Tiada yang perlu diulas lebih lanjut mengenai perkara ini.

"Buat masa sekarang, marilah sama-sama bersabar. Isu ini timbul disebabkan banyak faktor," katanya yang ditemui di Majlis Menandatangai Kerjasam Bersama Yonex bagi penggal 2024-2028.