Pemain beregu lelaki veteran Indonesia, Hendra Setiawan, telah mengumumkan persaraannya daripada dunia badminton selepas melalui tempoh kecemerlangan yang luar biasa.

Pemain berusia 40 tahun itu memuat naik kenyataan itu menerusi Instagramnya bahawa dia memutuskan untuk mengakhiri kariernya sebagai atlet badminton.

Seterusnya, kejohanan terakhirnya akan berlangsung di Indonesia Master 2025 pada Januari.

"Saya rasa ini adalah masa yang tepat untuk menamatkan kerjaya saya sebagai atlet badminton.”

Terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokong saya dari dahulu hingga sekarang," katanya

A post shared by hendra setiawan (@hendrasansan)



Sepanjang kerjayanya, Hendra bersama rakan gandingannya, Mohammad Ahsan, mencapai banyak kejayaan luar biasa.

Pasangan ini memenangi pingat emas Sukan Olimpik di Beijing pada tahun 2008 dan merangkul empat gelaran Kejuaraan Dunia tahun 2007, 2013, 2015, dan 2019.

Mereka juga memenangi dua pingat emas Sukan Asia 2010 dan 2014. Sementara itu, tidak lupa juga dua gelaran All England tahun 2014 dan 2019 menjadikan mereka antara pasangan beregu paling berjaya dalam sejarah badminton dunia.