Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan banyak perkara yang perlu diambil kira berhubung isu yang dibangkitkan Presiden (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, selepas misi menggondol empat pingat emas Sukan Paralimpik Paris tidak tertunai.

Ironinya, persoalan ini dibangkitkan pasca kegagalan dua prospek emas kontinjen negara, Ziyad Zolkefli dan Datuk Abdul Latif Romly, untuk menepati emas.

"Kami kena bincang dulu dengan Majlis Sukan Negara (MSN). Ini bukan satu keputusan yang boleh dibuat sewenang-wenangnya.

"Saya perlu pastikan persatuan itu ada kemampuan untuk jaga atlet negara. Saya percaya MSN mempunyai banyak pengalaman dalam aspek pengurusan atlet para negara.

"Saya tidak boleh buat keputusan atau cadangan daripada hanya seorang. Kita perlu dengar daripada atlet dan jurulatih yang terlibat.

"Sebelum diperkasakan sepenuhnya, kami perlu pastikan peralihan itu selamat dan selesa untuk atlet," katanya di Nadi Weekend.