BG PATHUM UNITED 4 BORUSSIA DORTMUND 0

Kelab Bundesliga, Borussia Dortmund, dikejutkan dengan kekalahan 0-4 di tangan BG Pathum United dalam aksi persahabatan di Stadium Leo, Pathum Thani, malam tadi.

Dalam kepenuhan tempat duduk penonton di stadium itu, tidak ramai menjangkakan Borussia Dortmund akan dibelasah dalam aksi pramusim berkenaan tetapi dua gol yang dijaringan BG Pathum dalam setiap separuh masa mencalarkan maruah pasukan bimbingan Nuri Sahin berkenaan.

Julian Brandt , Niklas Süle, Felix Nmecha, Karim Adeyemi dan Julian Ryerson antara bintang pasukan utama yang dituruunkan dalam kesebelasan Dortmund sambil pemain seperti Sebastien Haller dan Kjell Wätjen dimasukkan sebagai pemain gantian.

Pemain muda berbakat, Paris Brunner, Almugera Kabar, dan Tyler Meiser, turut diberikan peluang untuk menarik perhatian Sahin.

Jaroensak Wonggorn muncul pemain paling cemerlang menjaringan gol berganda dalam babak kedua, masing-masing pada minit ke-65 dan 88 selepas Melvelyn Lorenzen (m-14) dan Teerasil Dangda (m-44) meletakkan pasukan tuan rumah itu selesa dengan kelebihan dua gol menuju ke bilik persalinan.

Dortmund seterusnya akan ke Jepun bagi satu lagi aksi persahabatan menentang Cerezo Osaka.