Penyerang berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, terus melakar sensasi apabila kini dia telah mencatatkan hatrik ke-12 sepanjang bersama skuad Harimau Selatan sejak 2021.

Dia melengkapkan hatrik ke-12 peribadi ketika berdepan Perak dalam saingan Liga Super 2024/2024 di Stadium Sultan Ibrahim, minggu lalu dengan dia telah mengumpul 137 jaringan secara keseluruhannya dalam semua pertandingan.





Selepas cemerlang di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), skuad kendalian Hector Bidoglio akan meneruskan cabaran dalam saingan Piala Malaysia 2024/25 berdepan Kuala Lumpur (KL) Rovers, di Stadium Cheras, Rabu depan.