Bekas jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, bakal menganjurkan pesta di Mallorca, Sepanyol jika gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City ditarik berikutan siasatan terhadap 115 pertuduhan mereka.

Musim 2018/19, 2021/22, 2022/23 termasuk 2023/24 merupakan antara tempoh terkuat The Citizen apabila menggondol kejuaraan liga dengan penuh bergaya menandakan dominasi mereka sangat kuat dan stabil.

Namun, naib juara Piala FA 2024 itu dirujuk kepada mahkamah setelah didakwa sebanyak 115 kali kepada pelanggaran peraturan kewangan.



Sekiranya skuad kendalian Pep Guardiola itu tidak menyenaraikan bukti kukuh terhadap masalah tersebut dan didapati bersalah, Manchester City boleh dikenakan hukuman pemotongan mata yang banyak, bayaran penalti selain boleh menghadapi penyingkiran ke liga divisyen kedua.

Ketua bola sepak global jenama minuman bertenaga dunia, Red Bull, tidak akan sesekali berasa kasihan kepada kelab tersebut sekiranya mereka dijatuhkan hukuman, malah mahu meraikannya di sebuah pulau.

"Jika ia berlaku, saya akan menjemput semua orang untuk datang.

"Tempah sahaja penerbangan ke Mallorca. Saya akan membeli minuman!

"Kami akan mengadakan perarakan di taman saya," katanya.