Bekas kapten Liverpool, Sami Hyypia, percaya pada musim ini Virgil van Dijk mampu membuktikan bahawa dia sekali lagi merupakan pertahanan tengah terbaik dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain antarabangsa Belanda itu diragui untuk menemui semula prestasi terbaiknya yang pernah mengangkatnya sebagai antara yang terbaik di dunia sebelum dilanda kecederaan ligamen lutut pada Oktober 2020.

Bagaimanapun, terdapat tanda-tanda ketua pasukan The Reds itu semakin menghampiri prestasi terbaiknya menerusi kemenangan 'derby' Merseyside ke atas Everton hujung minggu lalu.

"Dia adalah salah seorang pertahanan terbaik," kata Hyypia kepada agensi berita PA dalam majlis Nike Game On bersempena dengan Yayasan LFC yang menyediakan kemudahan sukan kepada lebih 8,000 pelajar sekolah tempatan.

A post shared by Virgil van Dijk (@virgilvandijk)


“Saya fikir dia telah meningkatkan tahap permainannya sambil semua orang mengharapkan dia kerap mempamerkan persembahan tetapi ia sangat sukar.

“Tetapi dia beraksi dengan baik, dia adalah watak penting pasukan dan pemimpin utama jadi saya fikir kita semua perlu bersabar dan yang terbaik menyusul.

“Saya rasa dalam beberapa perlawanan musim ini dia telah menunjukkan bahawa dia masih di tahap terbaik dan saya tidak was-was bahawa dia akan kembalii sebagai bek tengah terbaik EPL musim ini.”