Muzaffar Musa
Thu May 26 2022
Jose Mourinho mengisytiharkan bawa dia '100 peratus AS Roma" selepas menewaskan Feyenoord 1-0 dalam final Liga Persidangan Europa (UECL) awal pagi tadi.
Beraksi dalam final peringkat Eropah buat kali pertama sejak terlepas Piala UEFA pada 1991, Nicolo Zaniolo menjaringkan gol tunggal buat Giallororossi pada minit ke-32 di Tirana untuk memberikan kejuaraan Eropah pertama buat Roma.
Melalui musim pertamanya bersama Roma, Mourinho kini menyamai pencapaian Giovanni Trapattoni dalam memenangi trofi peringkat Eropah dalam tiga dekad berasingan.
Walaupun terkenal dengan tindakannya meninggalkan Porto dan Inter Milan selepas memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), jurulatih berumur 59 tahun itu menjelaskan bahawa dia mahu kekal di Roma untuk terus membina kejayaan di ibu kota Itali berkenaan.
"Saya akan kekal walaupun akan ada perbincangan dan tawaran yang akan tiba," kata Mourinho.
"Saya mahu kekal di Rome dan kami perlu faham tentang apa yang pemilik kami mahukan pada musim depan kerana kami boleh meneruskan kisah ini, kami perlu memahami arah tuju kami musim depan.
"Saya berasa seperti pemain Roma, sama seperti saya rasa seperti peminat Inter, Chelsista, saya gilakan Real Madrid tetapi dengan pernah hormat terhadap kelab-kelab yang pernah saya berkhidmat itu, saya kini rasa 100 peratus Roma.
"Keindahan tentang karier saya adalah melangkaui kemenangan bersama Manchester United, kemenangan bersama Porto, Inter. Kini bersama Roma merupakan sesuatu yang istimewa.
"Memenangi sesuatu ketika semua orang menjangkakannya merupakan sesuatu yang mudah tetapi ia sesuatu yang istimewa apabila anda melakukan sesuatu yang memang bersejarah.
"Saya berharap penyokong akan menunggu kami dan meraikannya bersama kami," katanya.
Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin
Pemain import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu selepas kelab dari Libya, Al-Ahly Benghazi, secara rasminya mengumumkan kehadiran tonggak tersebut, sekali gus menjawab spekulasi kepada khabar angin perpindahannya sebelum ini.
Declan Rice yakin Arsenal mampu tamatkan kemarau piala
'Ia bergantung kepada kami' -- Itulah luahan pemain tengah Arsenal, Declan Rice, sambil menaruh keyakinan bahawa pasukannya mampu menamatkan kemarau tanpa piala musim ini.
EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
Selepas Manchester City dan Liverpool, giliran Chelsea pula mencatatkan keputusan seri 2-2 berdepan Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
EPL: Cubaan bawa pulang tiga mata gagal, Brentford sekat hajat Man City
Prestasi terumbang-ambing juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, terus menjadi alasan selepas diikat 2-2 oleh Brentford pada saat akhir di Stadium Komuniti Gtech, awal pagi tadi.
EPL: 'Jabatan Perhutanan' hampir buat Liverpool menangis lagi
Liverpool hampir ditewaskan sekali lagi oleh Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground, sebentar tadi.
ACC Shopee Cup: Manuel Ott sedia pacu cabaran Terengganu di pentas Asia, liga
Arkitek Terengganu, Manuel Ott, enggan meletakkan dirinya dalam dilema untuk memikirkan mengenai kempen Piala Malaysia 2024/25 mahupun Kejohanan Kelab Asean ACC Piala Shopee 2024/25.
Kongres FAM: Perebutan kerusi presiden makin rancak!
Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin menarik apabila seorang lagi individu luar menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam badan induk itu.
Isteri saya adalah yang terbaik -- Guardiola bercerai selepas 30 tahun berumah tangga
Rumah tangga yang berusia 30 tahun Pep Guardiola akhirnya berakhir, menurut laporan di Sepanyol.
Penyokong Harimau Malaya harap bakat tempatan tidak terabai
Penyokong Harimau Malaya rata-ratanya melihat revolusi bola sepak negara daripada pandangan berbeza susulan akan mempunyai lambakan pemain warisan.
Penjaga gol utama wanita negara terbang ke Albania
Penjaga gol utama skuad bola sepak wanita negara, Azurin Mazlan, akan berkelana di Albania setelah melengkapkan perpindahan ke FKK Vllaznia selepas membantu Sabah meraih gelaran naib juara dalam kancah Liga Wanita Nasional (LWN).
Glasner fears Palace could lose Chalobah amid Chelsea recall rumours
Preview: Leicester v Palace
Australian Open: Alcaraz backs 'incredible' Fonseca to become one of the best
Alcaraz backs Fonseca to win a slam
Australian Open: Djokovic marks historic grand slam match in style
Djokovic overcomes stubborn Faria
NBA: Cavaliers bounce back to end Pacers' 6-game winning streak
Cavs bounce back, cool Pacers
Australian Open: Two-time champion Osaka rallies to beat Muchova
Osaka fights back to progress
Australian Open: Awesome Alcaraz marches on in Melbourne
No fuss for Alcaraz
Australian Open: Zheng offers no excuses as Andreeva fights back
Zheng out, Andreeva through
Australian Open: Djokovic makes more grand slam history
Djokovic sets new major record
Australian Open: Sabalenka downs Bouzas Maneiro in round two
Sabalenka's surge continues
Emery anticipates 'excited' Everton as Moyes returns to Goodison
Emery wary of motivated Everton