Shaiful Shamsudin
Tue Apr 18 2023
CHELSEA 0 REAL MADRID 2
(Real Madrid ke separuh akhir dengan agregat 4-0)
Carlo Ancelotti percaya prestasi Thibaut Courtois menjadi titik tolak buat Real Madrid mengecewakan Chelsea dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Bekas penjaga gol The Blues itu menikmati permainan yang baik dalam perlawanan kedua sebentar tadi apabila gol berganda Rodrygo dalam separuh masa kedua membantu Madrid melakar kemenangan 2-0, sekali gus mara dengan agregat 4-0.
Sebelum pemain Brazil itu berhasil merobek gawang lawan, Courtois menjadi talian hayat buat pelawat apabila dia menafikan percubaan berbahaya Marc Cucurella.
Bercakap selepas perlawanan, Ancelotti memuji sumbangan penjaga golnya itu sambil memberi penghormatan kepada pasukannya kerana mampu menyerap tekanan di Stamford Bridge.
“Mereka mendahului keputusan ini (dengan kekuatan mental),” katanya kepada Movistar.
“Percubaan yang diselamatkannya itu sangat penting. Dalam babak kedua, kami dapat bermain dengan lebih baik, kami mempunyai lebih banyak ruang.
"Kami tahu bahawa kami perlu menderita dalam permainan seumpama ini. Chelsea mencuba segala-galanya, mereka mencetuskan masalah kepada kami.
"Ia adalah permainan yang sempurna dan sewajarnya seri."
EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
Selepas Manchester City dan Liverpool, giliran Chelsea pula mencatatkan keputusan seri 2-2 berdepan Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
EPL: Chelsea tidak mampu cabar kejuaraan -- Colwill
Chelsea tidak boleh menganggap diri mereka sebagai pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan prestasi buruk pada akhir bulan lalu, kata Levi Colwill.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Gol kemenangan dramatik yang dijaringkan pemain gantian, Rodrigpo Muniz, pada minit ke-65 memastikan Fulham mencatatkan kemenangan pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge dengan menewaskan Chelsea 2-1 awal pagi tadi.
EPL: Pemain Chelsea positif ujian doping, bakal digantung sementara
Bintang terkemuka Chelsea, Mykhailo Mudryk, bakal dikenakan tindakan penggantungan daripada sebarang aktiviti bola sepak susulan keputusan ujian doping ke atas dirinya, semalam.
EPL: Dua gol penalti Palmer lengkapkan kebangkitan Chelsea atasi Tottenham
Dua gol sepakan penalti Cole Palmer memastikan Chelsea bangkit menewaskan Tottenham 4-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman lawan itu awal pagi tadi.
EPL: Chelsea terus gah, Villa gagal tamat badi kemenangan
Pemain berusia 22 tahun, Cole Palmer, melengkapkan kemenangan 3-0 Chelsea ke atas Aston Villa dengan gol gemilangnya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam tadi.
EPL: Chelsea bukan dalam perebutan kejuaraan
Enzo Maresca menegaskan bahawa Chelsea bukan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini walaupun mereka mempamerkan permulaan yang cukup menarik.
WSL: Chelsea pasukan kedua catat sejarah menang lapan perlawanan pertama musim ini
Chelsea berhempas pulas menewaskan Manchester United dalam perlawanan Liga Super Wanita (WSL), semalam.
EPL: Chelsea tidak fokus kepada Manchester City, Liverpool
Kemenangan Chelsea ke atas Leicester City 2-1 melonjak ke tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) satu mata di belakang Manchester City dan bakal mencabar kedudukan Liverpool selaku persada liga.
EPL: Mikel Arteta kecewa Arsenal gagal kutip tiga mata di Stamford Bridge
Mikel Arteta menjelaskan Arsenal tidak beraksi dengan standard yang sepatutnya terutamanya ketika bertahan sekali gus menyumbang kepada gol penyamaan Chelsea ketika kedua-dua pasukan seri 1-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Australian Open: Awesome Alcaraz marches on in Melbourne
No fuss for Alcaraz
Australian Open: Zheng offers no excuses as Andreeva fights back
Zheng out, Andreeva through
Australian Open: Djokovic makes more grand slam history
Djokovic sets new major record
Australian Open: Sabalenka downs Bouzas Maneiro in round two
Sabalenka's surge continues
Emery anticipates 'excited' Everton as Moyes returns to Goodison
Emery wary of motivated Everton
Djokovic 'feels bad' he missed Nadal's farewell to tennis
Djokovic on missing Nadal farewell
Leyton Orient tee up glamour Man City tie in FA Cup
Leyton Orient tee up Man City tie
Forest not discussing Premier League title chances, says goalkeeping hero Sels
Forest not discussing title hopes
Celtic 'too passive' and 'not aggressive enough' in Dundee draw
Celtic 'too passive' v Dundee
Conceicao urges Milan to 'be more solid' despite late Como win
Conceicao: Milan need to be solid